Harian Metro

Mengaku tidak salah buat perakuan palsu

-

Butterwort­h: Pengarah syarikat dan ejen penghantar­an mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap 42 pertuduhan kerana membuat perakuan palsu kepada kastam pada 2015.

Tertuduh, Tan Kui Heong, 59, dan Khoo Soo Keng, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan bersama terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.

Mengikut

>>Suami Deja Moss mengemukak­an permohonan perceraian secara baik

pertuduhan, mereka didakwa membuat secara bertulis satu perakuan dikehendak­i Akta Kastam 1967 yang mana perakuan itu tidak betul dalam satu perkara ternyata dalam Borang Kastam 2 menyatakan dagangan beg plastik dalam kontena namun sebenarnya dagangan diikrar itu tidak wujud.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu antara Mei hingga Disember 2015 di Pelabuhan Kontena Butterwort­h Utara, di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 133(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh di denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Che Rohana membenarka­n tertuduh diikat jamin RM53,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Kastam Abdul Malik Awang Kecik@Ramli. Kui Heong diwakili peguam Andy Ooi dan Soo Keng diwakili Datuk K Subramania­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia