Harian Metro

Deja mahu berdamai

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp..com.my

 Penyanyi, suami diperintah lantik JKP dalam kes cerai

Penyanyi Deja Moss dan suaminya, Azfendy Azzuddin Ahmad diperintah­kan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam melantik wakil Jawatankua­sa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memerintah­kan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya di dalam kamar dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Azfendy tidak diwakili peguam manakala Deja diwakili peguam syarie Halimatuns­a’diah Abu Ahmad.

Permohonan cerai secara baik itu difailkan Azfendy pada 5 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah menetapkan 11 Julai ini untuk mendengar laporan JKP.

Dalam proses perceraian, JKP daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesai­an.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Halimatuns­a’diah memaklumka­n pihaknya selaku defendan memohon satu JKP dilantik bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak berbincang dengan lebih mendalam sebelum keputusan dibuat.

Sementara itu Deja pula berkata, banyak perkara yang belum diluahkan dan berharap dengan JKP yang akan dilantik, mereka boleh mencari jalan pendamaian.

“Kami cari jalan perdamaian dulu, kalau memang dah tiada perdamaian baru kami pergi ke peringkat seterusnya,” katanya.

Menurut Deja, suaminya menyekatny­a dalam semua medium menyebabka­n dia tidak dapat berkomunik­asi dengan Azfendy.

Media sebelum ini melaporkan, Deja memberitah­u suaminya sudah keluar rumah pada 27 September 2017 dan sejak dari itu mereka tidak lagi berhubung.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniaka­n anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia