Harian Metro

IMPAK POSITIF

- Mohd Zaky Zainuddin dan Lizam Ridzuan bisnes@nstp.com.my

 Kadar GST sifar sementara bakal pacu jumlah jualan kenderaan

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkak­an langkah kerajaan menetapkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada sifar buat sementara mulai 1 Jun ini bakal memberi impak positif kepada jumlah jualan kenderaan (TIV).

Presidenny­a Datuk Aishah Ahmad berkata, menerusi langkah positif kerajaan itu, pihaknya menjangkak­an TIV bagi bulan Jun dan Julai lebih tinggi berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

“Ia (sifar GST) bagus untuk industri khususnya pengguna. Kita menyambut baik langkah ini kerana ia akan merancakka­n lagi industri terutama ketika musim perayaan bakal tiba.

“Pengeluar kenderaan menyerap kadar sifar GST dengan menawarkan rebat cukai, sekali gus menyebabka­n harga kenderaan lebih rendah. Kita mengharapk­an pembeli tidak menangguhk­an pembelian sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. “Langkah pengeluar kenderaan untuk memberi nilai tambah menerusi diskaun musim perayaan juga bakal menarik minat pembeli menukar kenderaan,” katanya kepada NSTP.

Susulan penetapan kadar sifar GST oleh kerajaan baru-baru ini juga, pelbagai langkah diambil pengeluar kenderaan di negara ini dalam penawaran harga yang menarik kepada pembeli.

Sama ada jenama tempatan atau antarabang­sa, kebanyakan­nya menawarkan rebat dan bonus GST lebih awal meskipun tempoh bebas GST hanya akan bermula 1 Jun nanti sehingga tarikh pelaksanaa­n SST diumumkan kelak.

Bagi jenama premium BMW dan Volvo, ia menawarkan penguranga­n harga untuk semua model yang dijual sehingga pengumuman rasmi daripada kerajaan mengenai SST.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland berkata, penjimatan daripada penguranga­n cukai ini akan mengukuhka­n kedudukan mereka sebagai pendahulu dalam ciri keselamata­n, teknologi bantu pemandu dan enjin hibrid.

“Ia menawarkan harga yang kompetitif bagi pilihan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) di negara ini untuk lebih ramai yang berpeluang memilikiny­a,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, buat masa ini pihaknya menyahut kenyataan kerajaan itu dengan positif termasuk penguranga­n harga serta memberikan perkhidmat­an selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia