Harian Metro

Optimis telekomuni­kasi di India bakal pulih

-

Lumpur: Axiata Group Bhd (Axiata) menjangka sektor telekomuni­kasi di India akan kembali pulih dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, sektor telekomuni­kasi di negara itu mengalami kejatuhan dengan beberapa syarikat besar menutup operasi atau bergabung dengan syarikat telekomuni­kasi lain.

Katanya, Axiata yang mempunyai pegangan sebanyak 16 peratus dalam syarikat telekomuni­kasi India, Idea Cellular (Idea) juga turut terkesan dengan situasi itu.

Beliau berkata, Idea yang bakal bergabung dengan Vodafone India pada suku kedua tahun ini turut memberi impak kepada prestasi kewangan kumpulan.

“India akan kekal menjadi pasaran yang sangat interaktif, tetapi bukan dalam tahun ini yang kekal dianggap mencabar. Persaingan sangat agresif di sana, terutamany­a daripada syarikat telekomuni­kasi terbesar India, Reliance Jio Infocomm Ltd.

“Malah kumpulan juga akan mengurangk­an pegangan kami kepada lapan peratus dalam Idea rentetan penggabung­annya dengan Vodafone. Ini kerana Axiata bukanlah syarikat pelaburan kewangan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Axiata di sini, semalam.

Axiata mula membeli 19.7 peratus kepentinga­n di dalam Idea pada 2009. Pegangan sahamnya dalam syarikat India itu kemudianny­a berkuranga­n kepada 18.1 peratus kerana ia tidak terbabit dalam terbitan saham keutamaan Idea.

Ditanya adakah Axiata akan keluar daripada pasaran India, Jamaludin berkata, ketika ini pihaknya masih tiada perancanga­n mengenainy­a walaupun pasaran mengalami kemerosota­n.

Beliau berkata, tiada sebab untuk Axiata menjual semua kepentinga­nnya di pasaran India jika ia akan kembali pulih dalam beberapa tahun akan datang.

“Namun, jika kumpulan mempunyai perancanga­n pengambila­lihan syarikat lain di ASEAN dan ia mampu memberikan lebih keuntungan kepada kumpulan, saya tidak menolak kemungkina­n membincang­kan mengenai cadangan pengeluara­n itu,” katanya.

 ?? Jamaludin Ibrahim ?? Kumpulan juga akan mengurangk­an pegangan kami kepada lapan peratus dalam Idea rentetan penggabung­annya dengan Vodafone”
Jamaludin Ibrahim Kumpulan juga akan mengurangk­an pegangan kami kepada lapan peratus dalam Idea rentetan penggabung­annya dengan Vodafone”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia