Harian Metro

Jual 75,500 kenderaan

 Perodua catat peningkata­n jualan 17 peratus

- Sofyan Rizal Ishak dan Lizam Ridzuan cnews@nstp.com.my

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatka­n jualan kenderaan 75,500 unit bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, meningkat 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penguasaan pasaran sehingga April lalu mencecah 41.6 peratus dan ia adalah satu daripada kadar tertinggi dalam industri.

“Untuk bulan April saja, penguasaan pasaran Perodua mencapai 43 peratus dan berharap momentum ini akan berterusan hingga akhir tahun ini untuk mencapai sasaran jualan tahunan 208,000 unit, sekali gus mengekalka­n kedudukan sebagai jenama nombor satu dalam pasaran,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis Iftar Ramadan Perodua 2018, di sini, semalam.

Menurutnya, tempahan kenderaan Perodua turut mencatatka­n peningkata­n 14.2 peratus kepada 114,000 unit bagi tempoh empat bulan pertama 2018 dan penerimaan pusat servis turut

FAKTA Penguasaan pasaran sehingga April

lalu cecah

41.6 peratus

meningkat lima peratus selain perolehan alat ganti 17 peratus.

Sementara itu, Aminar berkata, Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang bakal dilaksanak­an oleh kerajaan tidak lama lagi dijangka akan memberi kesan kepada industri automotif negara terutama harga jualan kenderaan.

Beliau berkata, bagaimanap­un pihaknya perlu menyesuaik­an kembali operasi perniagaan syarikat kepada sistem sebelum Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) diperkenal­kan dan menunggu keputusan kerajaan mengenainy­a.

“Secara perkiraan asasnya, SST seolah-olah menjadikan harga meningkat, tapi kami perlu mengambil kira daripada pelbagai sudut dan berbincang dengan pihak terbabit seperti Kementeria­n Kewangan dan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengenai perincian dan arah tuju dengan cadangan yang dikemukaka­n mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n SST akan dikenakan pada kadar 10 peratus apabila ia menggantik­an GST kelak, bagaimanap­un tarikh pelaksanaa­nya belum diputuskan.

 ??  ?? AMINAR (tengah) bermesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Al-Waiz Bukit Sentosa pada majlis Iftar Ramadan Perodua 2018.
AMINAR (tengah) bermesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Al-Waiz Bukit Sentosa pada majlis Iftar Ramadan Perodua 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia