Harian Metro

Malindo Air mulakan penerbanga­n sulung Langkawi-Guiyang

-

Malindo Air memulakan penerbanga­n sulung dari Langkawi ke Guiyang, China yang menjadikan ia destinasi ketiga selepas Chengdu dan Kunming.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, dengan tujuan utama untuk membawa lebih banyak pelancong ke Langkawi.

“Malindo Air kini telah menyediaka­n 12 penerbanga­n mingguan dari China di mana empat penerbanga­n mingguan dari Chengdu dan Kunming serta tiga penerbanga­n mingguan dari Guiyang.

“Penerbanga­n itu dikendalik­an oleh Boeing 737-800 dengan jumlah kapasiti 162 tempat duduk - 12 kerusi Kelas Perniagaan dan 150 kerusi Kelas Ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya komited untuk meningkatk­an ketibaan pelancong ke Malaysia bagi bersama-sama membangunk­an ekonomi negara.

“Tumpuan kami kini adalah Langkawi dan kami gembira bukan saja menerbangk­an pelancong dari KLIA, tetapi juga memperluas­kan sambungan terus dari destinasi luar negara ke Langkawi,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, kapasiti Malindo Air dari China berpotensi untuk menyumbang purata tambahan 60 peratus kedatangan antarabang­sa ke Langkawi setiap bulan.

“Kami berharap dapat mengukuhka­n hubungan dengan menawarkan penerbanga­n lebih kerap dan juga mempunyai lebih banyak destinasi langsung baru ke Langkawi,” katanya.

Penerbanga­n dari Langkawi ke Guiyang dijadualka­n berlepas dari Langkawi pada jam 7 pagi bagi penerbanga­n selama empat jam dengan jadual penerbanga­n setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

Manakala, penerbanga­n pulang dari Guiyang ke Langkawi dijadualka­n setiap Rabu, Jumaat dan

Ahad dan berlepas dari Guiyang, jam 12.05 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia