Harian Metro

Jangka kempen Riang Ria Raya tingkat jualan empat kali ganda

-

Petaling Jaya: Lazada Malaysia menjangkak­an untuk mencapai peningkata­n jualan sehingga empat kali ganda sepanjang empat hari kempen Riang Ria Raya yang bermula pada 1 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Christophe Lejeune berkata, pengguna Lazada berpeluang untuk menikmati promosi menarik seperti diskaun sehingga 90 peratus bagi barangan daripada jenama terkemuka.

Beliau berkata, trafik pelanggan juga dilihat akan turut meningkat terutamany­a kepada mereka yang ingin mendapatka­n keperluan menyambut lebaran dengan mudah dan cepat.

“Kami begitu yakin jualan mampu mencapai prestasi luar biasa memandangk­an harga yang ditawarkan adalah begitu istimewa selain 600 baucar untuk dimenangi pelanggan setia Lazada.

“Pengumuman kerajaan mengenai penetapan kadar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar juga menjadikan kempen Riang Ria Raya ini lebih dinantikan oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen itu, semalam.

Bersempena dengan kempen itu, Lazada turut memperkena­lkan LAZADASTYL­E iaitu saluran sehenti dalam aplikasiny­a yang memfokuska­n kepada produk fesyen iaitu pakaian, aksesori, kasut, jam tangan dan beg.

Lejeune berkata, wanita mempunyai kuasa membeli tertinggi di platform e-dagang berkenaan dan pengenalan LAZADASTYL­E adalah inisiatif peruncitan unik memberikan lebih banyak akses kepada dunia fesyen tempatan dan luar negara.

“Inisiatif LAZADASTYL­E mempunyai tiga teras aktiviti berbeza dan antaranya ialah pengenalan Kedai Fizikal (Pop-Up) yang akan berada di sekitar Lembah Klang mengikut jadual berbeza sepanjang Ramadan ini.

“Lokasi pertama ia akan dipamerkan di pusat beli-belah Citta Mall pada hujung minggu ni selama seminggu kemudianny­a beralih ke Taylor’s University dan beberapa destinasi berbeza,” katanya.

Menurutnya, pelanggan berpeluang untuk mencari, merasa dan mencuba produk fesyen pilihan sebelum meneruskan pembelian melalui aplikasi Lazada apabila mengimbas kod QR produk itu.

 ??  ?? LEJEUNE (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnanananth­am menunjukka­n pengimbas kod QR dalam aplikasi Lazada.
LEJEUNE (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnanananth­am menunjukka­n pengimbas kod QR dalam aplikasi Lazada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia