Harian Metro

TAK SEMPAT RASA BEBAS

- Agensi

 Banduan mati lemas selepas korek terowong untuk lolos penjara

Seorang banduan yang makin hampir mengecap kebebasan selepas menggali terowong sejauh 70 meter dari tandas di selnya ditemui mati lemas ketika cuba melarikan diri.

Judson Cunha Evangelist­a, 26, dipercayai mati akibat kekurangan oksigen ketika dia menggali terowong yang sudah melepasi tembok kawalan di penjara kawalan ketat Monte Cristo di Boa Vista, utara Brazil.

Evangelist­a dipercayai mengambil masa selama berbulan-bulan untuk menggali terowong berkenaan dan hanya beberapa meter saja untuk dia mencapai permukaan tanah di kawasan hutan di luar penjara.

Lelaki itu dipercayai mahu menggunaka­n terowong itu untuk melarikan diri beramai-ramai dengan banduan yang lain.

Terowong itu ditemui pegawai penjara yang menyiasat kematian Evangelist­a yang dipenjarak­an kerana membunuh.

Evangelist­a dipercayai lemas ketika berada di dalam terowong berkenaan tetapi sempat kembali ke selnya sebelum meninggal dunia.

Pegawai penjara terkejut menemui terowong berkenaan yang bermula di bawah tandas di sel berkenaan.

Terowong itu mencapai jarak 70 meter dan sudah melepasi tembok dan pagar elektrik di sekeliling penjara berkenaan.

Pihak berkuasa juga menemui beberapa beg tanah dan kabel elektrik di sepanjang terowong itu yang mempunyai mentol lampu di hujungnya.

Seramai 150 anggota polis diarahkan untuk mengesan terowong berkenaan selepas pihak penjara menyedari kewujudann­ya susulan kematian Evangelist­a.

Jurucakap penjara berkata, terowong berkenaan kini diisi dengan konkrit.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa terowong yang digali seorang banduan di bawah tandas di dalam selnya di sebuah penjara di Boa Vista, utara Brazil. - Agensi
ANGGOTA polis memeriksa terowong yang digali seorang banduan di bawah tandas di dalam selnya di sebuah penjara di Boa Vista, utara Brazil. - Agensi
 ??  ?? PENJARA kawalan ketat Monte Cristo di Boa Vista, utara Brazil ini menempatka­n banduan ganas dan berbahaya. - Agensi
PENJARA kawalan ketat Monte Cristo di Boa Vista, utara Brazil ini menempatka­n banduan ganas dan berbahaya. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia