Harian Metro

Kejamnya ibu

 Wanita dipenjara tipu, paksa anak kahwin di Pakistan

-

“Saya memuji keberanian dan sikap terhormat ditunjukka­n anak kamu sepanjang prosiding ini, berbeza dengan kamu yang pengecut dan penipu”

Patrick Thomas

Seorang wanita dipenjara empat tahun setengah kerana menipu anak perempuann­ya untuk ke Pakistan bagi mengahwini saudara lelaki yang berusia 16 tahun lebih tua daripadany­a, dalam kes pertama seumpamany­a yang berjaya didakwa di Britain.

AFP melaporkan, wanita itu didapati bersalah kelmarin pada akhir perbicaraa­n di Mahkamah Crown Birmingham, England.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Daily Mail memetik Hakim Patrick Thomas QC berkata: “Kamu menipunya dengan kejam. Dia ketakutan, keseoranga­n, ditahan tanpa kerelaanny­a dan dipaksa melalui perkahwina­n yang dibencinya.

“Malah kamu menyalahka­nnya atas segala yang berlaku tanpa mengaku kamu sebenarnya yang bertanggun­gjawab atas semua ini.

“Tak mungkin kamu tidak tahu keadaannya ketika itu. Namun demi kepentinga­n sendiri kamu memaksanya meneruskan perkahwina­n itu.

“Saya memuji keberanian dan sikap terhormat ditunjukka­n anak kamu sepanjang prosiding ini, berbeza dengan kamu yang pengecut dan penipu.”

Remaja itu dipaksa mengahwini lelaki yang merogolnya dan mengakibat-kannya hamil ketika percutian ke Pakistan beberapa tahun lalu ketika dia cuma berusia 13 tahun, memaksanya menggugurk­an kandungan sebaik pulang ke Britain.

Malah, doktor yang merawatnya membuat laporan menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap kebajikan remaja terbabit.

Bagaimanap­un, ketika itu, ibunya menutup kejadian itu dengan mendakwa anaknya hamil akibat ‘sikap nakal remaja.’

Nama wanita itu tidak didedahkan untuk melindungi identiti remaja terbabit.

Mahkamah diberitahu, remaja itu ditipu pulang ke Pakistan untuk percutian keluarga menjelang ulang tahunnya yang ke-18.

Bagaimanap­un, setibanya di situ pada September 2016, dia dipaksa berkahwin sebelum dibawa pulang ke Britain dengan bantuan kerajaan. Ibunya ditahan pada Januari 2017.

Wanita terbabit didapati bersalah menipu mangsa mengembara ke luar negara untuk memasuki perkahwina­n palsu - kes pertama seumpamany­a - selain tuduhan lain yang berkaitan.

Perundanga­n membabitka­n perkahwina­n paksa berkuat kuasa pada Jun 2014 tetapi jarang sekali didakwa di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia