Harian Metro

Menyamar wanita untuk mencuri

-

Bandung: Misteri kecurian di asrama pelajar universiti termasuk beberapa buah motosikal di sini akhirnya terbongkar dengan tertangkap­nya seorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan.

Jurucakap polis, Hidayatull­ah berkata, sebelum ini berlaku beberapa kes kecurian di asrama dan beberapa buah motosikal milik pelajar.

Katanya, dalam satu kejadian terbaru kamera keselamata­n yang dipasang di kawasan asrama pelajar merakamkan aksi seorang ‘wanita’ yang lengkap bertudung memecah masuk sebuah bilik.

“Suspek dirakam mencungkil tingkap sebelum masuk ke bilik dan melarikan barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit.

“Susulan rakaman video berkenaan kami berjaya mengesan ‘wanita’ itu dan menangkapn­ya sebelum mendapati suspek sebenarnya adalah lelaki,” katanya yang dipetik Merdeka.com.

Hidayatull­ah memberitah­u, suspek berusia 27 tahun itu mengaku terbabit dalam banyak kes kecurian di bandar ini termasuk mencuri beberapa buah motosikal.

Ketika disoal siasat suspek memberitah­u dia menyamar sebagai wanita kerana mudah masuk ke kawasan asrama dan melakukan jenayah berkenaan tanpa dicurigai sesiapa.

“Ini unik kerana suspek menyamar menjadi wanita, malah jalan dan pertuturan­nya juga seperti seorang wanita. Boleh dikatakan dia seorang wanita yang cantik,” kata Hidayatull­ah.

Menurutnya, lelaki itu disiasat atas tuduhan mencuri dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah oleh mahkamah.

 ??  ?? SUSPEK ketika menyamar sebagai wanita lengkap dengan tudung. - Agensi
SUSPEK ketika menyamar sebagai wanita lengkap dengan tudung. - Agensi
 ??  ?? WAJAH suspek selepas ditahan pihak berkuasa kerana mencuri. - Agensi
WAJAH suspek selepas ditahan pihak berkuasa kerana mencuri. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia