Harian Metro

NEMO GANTUNG STICK

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

 Rahmah buat keputusan sukar, beri ruang pemain muda wakili negara

Selepas 12 tahun menyarung jersi kebangsaan, tonggak tengah Malaysian Tigress, Siti Rahmah Othman mengambil keputusan mengejut untuk bersara daripada arena hoki antarabang­sa.

Bintang berpengala­man berusia 32 tahun itu membuat penampilan sulung bersama skuad negara pada Sukan Komanwel 2006 Melbourne dan sejak itu dia terus diberi kepercayaa­n hingga kini dengan posisi awalnya adalah sebagai penyerang.

Sepanjang tempoh itu menyaksika­n Rahmah yang turut dikenali sebagai ‘Nemo’ di kalangan rakan sepasukan, melakukan 189 kemunculan untuk negara dan pencapaian tertinggin­ya adalah membantu Malaysia meraih naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2017 di Kuala Lumpur untuk layak pertama kali beraksi di Pusingan Ketiga Liga Hoki Dunia , Belgium, Julai tahun lalu.

Menurut Rahmah, keputusan menggantun­g kayu itu dibuatnya sebagai memberi laluan kepada pemain generasi baru menaikkan nama Malaysia ke tahap lebih tinggi.

(gambar)

“Ia adalah keputusan yang begitu sukar, saya sudah memikirkan­nya sejak Sukan Komanwel di Gold Coast, April lalu. Banyak faktor yang saya fikirkan termasuk kegagalan menyiapkan fizikal untuk aksi kompetitif selain mahu memberi peluang kepada pemain muda,” katanya.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua peminat hoki, barisan kejurulati­han serta pengurusan Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) yang selama ini menyokong karier saya sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan.”

Rahmah pernah meluahkan hasrat untuk bersara kepada Dhaarma Raj Abdullah, April lalu, namun ditolak jurulatih itu sambil memintanya memikirkan semula.

Dengan pengumuman itu, Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia