Harian Metro

Bukan faktor usia

 Jin Wei letakkan kesalahan atas bahunya selepas kecundang di tangan Indonesia

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Pemain perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei tidak menjadikan faktor usia terlalu muda sebagai alasan aksi mengecewak­an ketika menentang Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Uber.

Malah, pemain berusia 18 tahun dan juga bekas juara remaja dunia itu percaya dia mempunyai cara tersendiri untuk menjadi lebih matang.

Isnin lalu, Jin Wei mendahului dengan tujuh mata di set pertama menentang Gregoria Mariska Tunjung, sebelum tumpas 20-22, 16-21 dalam aksi perseorang­an kedua, seterusnya membolehka­n Indonesia mendahului 2-1.

Indonesia berjaya mencatat kemenangan 3-2, sekali gus meletakkan Malaysia dalam keadaan genting untuk kekal selamat dalam saingan Piala Uber sebelum berdepan juara 14 kali, China pada hari seterusnya.

Jin Wei berjaya menebus kekecewaan pada aksi kedua, apabila mengejutka­n pemain nombor lapan dunia, He Bingjiao 21-9, 17-21, 21-13 namun, ia tidak cukup untuk menghalang penyandang juara itu mencatat kemenangan 1-4. Kekalahan itu menyaksika­n harapan

Malaysia untuk mara

Semua orang mempunyai tanggungja­wab dan jika saya gagal untuk

meraih mata yang sepatutnya saya capai itu adalah salah saya

sendiri

Goh Jin Wei

ke pusingan suku akhir tidak kesampaian .

“Ia bukan disebabkan faktor usia. Kita tidak bercakap soal senior ataupun pemain muda dalam pasukan ini,” katanya yang mengalahka­n pemain Perancis, Yaelle Hoyaux 21-7, 21-0 dalam perlawanan pertama aksi terakhir Kumpulan D di IMPACT Arena semalam.

“Semua orang mempunyai tanggungja­wab dan jika saya gagal untuk meraih mata yang sepatutnya saya capai itu adalah salah saya sendiri.”

Dalam pada itu, Jin Wei yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, belum memikirkan mengenai pembabitan­nya dalam aksi Kejohanan Remaja Dunia di Kanada November depan.

Jika beraksi, ia adalah penampilan kali terakhirny­a di peringkat remaja.

“Jika saya diberi peluang sekali lagi, saya akan pergi. Bagaimanap­un ia bergantung kepada jurulatih (Kwan Yoke Meng) untuk membuat keputusan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia