Harian Metro

Norza kurang senang prestasi skuad Piala Uber

-

Bangkok: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tidak berpuas hati dengan beregu wanita berikutan aksi kurang mantap skuad Piala Uber negara di Bangkok.

Skuad wanita negara gagal mencapai sasaran mara ke suku akhir, selepas mencatat dua kekalahan (2-3 kepada Indonesia serta 1-4 menentang China) dan sekali menang (5-0 ke atas Perancis) untuk menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan D di belakang China serta Indonesia.

“Saya berasa kecewa dengan bahagian beregu wanita, walaupun saya harus lebih adil kerana pemain seperti Lee Meng Yean baru pulih dari kecederaan. Malah, mereka sebenarnya masih lagi menguji pemain untuk digandingk­an, ia merisaukan saya.

“Saya sedar mereka sedang berusaha tetapi sepatutnya sudah bersedia, dengan erti kata lain, kombinasi paling kuat. Saya hanya melihat Meng Yean-Chow Mei Kuan saja gandingan yang ada memberikan tentangan. Gandingan lain mudah dibuli oleh Indonesia dan China.

“Saya juga kecewa dengan Vivian (Hoo) dan Mei Kuan kerana mereka sepatutnya mampu menunjukka­n semangat kepemimpin­an tidak kira dalam keadaan apa sekali pun, terutama sekali dalam aksi menentang Indonesia dan China, di mana saya rasa mereka mampu meraih mata.”

Biarpun kecewa, Norza tetap bangga dengan peningkata­n secara keseluruha­n pasukan berkenaan.

“Saya rasa kita dapat lihat sendiri peningkata­n pemain perseorang­an wanita. Dalam perlawanan menentang Indonesia dan China, pemain kita berjaya menumpaska­n musuh yang mempunyai ranking lebih tinggi.

“Sudah tentu menentang Indonesia kita mengharapk­an Goh Jin Wei mampu mencatat kemenangan namun tidak berhasil. Bagaimanap­un, dia berjaya menebus kehampaan dan bangkit ketika menentang China.

“Selain Soniia dan Jin Wei, kita dapat lihat peningkata­n dari pemain seperti S Kisona dan Lee Ying Ying, yang berjaya memberikan aksi mantap pada penampilan sulung. Selepas berbincang dengan ketua jurulatih perseorang­an wanita, Datuk Tey Seu Bock, saya rasa kita sepatutnya memberi tumpuan kepada kedua-dua pemain ini,” kata

Norza.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia