Harian Metro

Bergaya tebus maruah

-

Chong Wei tundukkan pemain nombor satu dunia pada aksi Kumpulan D Piala Thomas malam tadi

untuk menumpaska­n juara dunia itu.

“Ia satu perlawanan penting tetapi saya sungguh bermotivas­i. Saya tidak pernah tewas kepadanya dalam acara berpasukan dan tidak bersedia untuk tewas hari ini,” kata Chong Wei yang juga kapten pasukan.

“Saya melihat video terdahulu untuk menganalis­a permainann­ya. Saya turut berbincang dengan jurulatih untuk melihat bagaimana saya boleh menewaskan­nya selepas tewas tiga kali sebelum ini.

“Kami memutuskan untuk menjadi agresif dan lebih banyak menyerang. Saya mendahului pada separuh pertama permainan dan melihat dia (Axelsen) tidak selesa. Saya jangka perlawanan akan berlanjuta­n ke set penentuan tetapi saya berjaya bertahan.”

Chong Wei, yang turut gembira dapat menyumbang mata pertama pasukan, memandangk­an perlawanan ini bertujuan menentukan juara kumpulan.

“Pertamanya ia lebih kepada soal maruah. Dia kini pemain nombor satu dunia. Sebelum ini orang cuba menewaskan saya sebagai pemain nombor satu dunia, kini saya tahu bagaimana rasanya.

“Bagaimanap­un saya gembira kerana menang mata pertama buat pasukan. Saya harap selepas ini kami mendapat undian lebih baik pada suku akhir,” kata Chong Wei.

Kedua-dua Malaysia dan Denmark sudah mengesahka­n tiket ke suku akhir, selepas menewaskan Russia dan Algeria 5-0 pada peringkat kumpulan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia