Harian Metro

Harapan baru untuk PSM

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

 Markiman mencabar kedudukan Ahmad sebagai pemimpin sukan sepaktakra­w

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran tetap akan mencabar kedudukan Datuk Seri Ahmad Ismail, selaku pemimpin nombor satu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pemilihan pucuk pimpinan baru Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), akhir bulan depan.

Markiman berkata, beliau mengambil keputusan mencabar Ahmad kerana mahu melihat perubahan dan transforma­si, sekali gus memberikan harapan baru kepada PSM serta seluruh peminat sukan sepak takraw tanah air.

Tegas Markiman, biarpun Ahmad sudah lama memimpin PSM hasilnya bukan hanya boleh dianggap kurang memuaskan, malah didapati gagal meletakkan sukan dan pasukan sepak takraw Malaysia di tahap sepatutnya.

“Saya akan berusaha mencabar beliau (Ahmad) bagi memberikan harapan baru kepada PSM. Kita juga boleh lihat selama ini dari segi prestasi dan keputusan perlawanan akhir skuad kebangsaan di peringkat antarabang­sa tidak begitu baik. Tiada perancanga­n masa depan dan usaha mencungkil bakat langsung tidak ada.

“Malah, hampir tiada langsung peruntukan disalurkan PSM kepada persatuan daerah atau negeri untuk membantu membangun dan mencungkil bakat baru

baru di peringkat akar umbi tidak seperti Thailand, Vietnam atau Kemboja.

“Kalau ada pun negeri kena buat. Kita mana ada duit kerana tidak mendapat sokongan kerajaan negeri hinggakan terpaksa menggunaka­n sekolah untuk menganjurk­an program mencari bakat sehingga boleh diketengah­kan ke Sukan Malaysia (SUKMA) dan seterusnya diserapkan ke skuad kebangsaan oleh PSM.

“Jadi mana ‘pergi’ (hilang) peruntukan disalurkan kerajaan kepada PSM selama ini?” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM, Datuk Mohd Radzuan Abdullah, ketika dihubungi mengesahka­n PSM akan mengadakan AGM bagi memilih kepemimpin­an baru badan induk sukan sepak takraw berkenaan, akhir bulan depan.

Bagaimanap­un, Mohd Radzuan berkata, tarikh dan lokasi sebenar AGM diumumkan sendiri Ahmad.

Berikutan itu, Mohd Radzuan, mengesahka­n pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada semua ahli gabungan bagi meminta mereka menghantar wakil ke AGM PSM nanti.

Sebelum ini, media melaporkan, Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS) membenarka­n PSM menangguhk­an mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk sukan sepak takraw sehingga 30 Jun ini.

 ?? Markiman Kobiran ?? AHMAD
Markiman Kobiran AHMAD
 ??  ?? Kita boleh lihat selama ini dari segi prestasi dan keputusan perlawanan akhir skuad kebangsaan di peringkat antarabang­sa tidak begitu baik”
Kita boleh lihat selama ini dari segi prestasi dan keputusan perlawanan akhir skuad kebangsaan di peringkat antarabang­sa tidak begitu baik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia