Harian Metro

Cabar rekod peribadi

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Lumpur: Jaguh paralimpik negara, Abdul Latif Romly tekad mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia, Oktober ini.

Selain itu, atlet dari Perlis ini berharap mampu memperbaha­rui catatan peribadi terbaik yang juga rekod dunia miliknya iaitu dengan jarak sejauh 7.60 meter (m) ketika dicipta di Sukan Paralimpik Rio, Brazil pada 2016.

“Tahun ini tumpuan utama saya adalah Sukan Para Asia di Jakarta dan ia penampilan kedua saya dalam temasya ini.

“Saya meraih pingat emas di Incheon, Korea Selatan pada 2014. Jadi pada temasya kali ini saya mahu cuba pertahanka­n pingat emas. Insya-Allah kalau ada rezeki dan kondisi badan ok, saya ingin memecahkan rekod dunia milik saya,” kata Latif.

Mengulas lanjut, Olahragawa­n Kebangsaan 2016 ini berkata, dia tetap menjalani latihan seperti biasa meskipun baru saja pulih daripada kecederaan hamstring kanan yang dialami di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mac lalu.

Kecederaan itu dialami ketika Latif menjalani latihan di Dubai, UAE sebelum bersaing pada Kejohanan Olahraga Antarabang­sa Fazza ke-10 Grand Prix Olahraga Para Dunia.

“Saya baru pulih daripada kecederaan, namun masih ada sedikit rasa sakit, jadi buat masa ini saya tidak mahu terlalu memaksa diri. Selain itu, saya juga dalam fasa mendapatka­n kembali teknik lompatan,” katanya.

Untuk rekod, Latif juga pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) dengan jarak sejauh 7.41m untuk menewaskan Suhairi Suhaini dari Singapura (6.85m), manakala gangsa milik rakan senegara, Zulkifly Abdullah (6.51m).

Walaupun catatan itu tidak memadamkan rekod temasya 7.43m yang dicatatnya di Singapura, namun kejayaan itu membolehka­nnya meraih gelaran hatrik selepas turut memenangi emas di Singapura dan Myanmar. Kuala Lumpur: Bekas atlet gimnastik kebangsaan yang pernah mengharumk­an nama negara sebelum ini, Nurul Fatihah Abdul Hamid menyifatka­n perselisih­an antara atlet gimnastik Nur Eli Ellina Azmi dengan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu menemui titik noktah.

Katanya, beliau mengikuti kenyataan yang dibuat Eli dalam laman sosial Instagram sebelum ini dan mengakui ia agak keterlalua­n serta sedikit emosi.

Fatihah yang pernah menyumbang tiga emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2001, dua emas di Sukan SEA Hanoi (2003) dan satu emas, satu perak dan gangsa di Sukan SEA Manila (2005), bagaimanap­un yakin MSN mempunyai penjelasan sewajarnya mengapa perkara yang dibangkitk­an Eli timbul.

“Sebagai bekas gimnas yang membesar bersama MSN sejak saya bersekolah, menjejakka­n kaki ke IPT (Institut Pengajian Tinggi) sehingga bekerja ketika ini semuanya tidak lari dari MSN,” kata Fatihah.

“Saya yakin MSN ada penjelasan dan sudah tentu sebagai agensi kerajaan mereka tidak boleh melenting apabila dilemparka­n dakwaan kesat seperti itu.

“Tetapi saya yakin MSN dan semestinya bersama

 ??  ?? TEMU bual dengan Nur Eli Ellina.
TEMU bual dengan Nur Eli Ellina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia