Harian Metro

Cetus tanda tanya

- AFP

 Serena tidak diletakkan dalam kelompok pemain pilihan

Tindakan penganjur Terbuka Perancis yang tidak meletakkan Serena Williams dalam kelompok pemain pilihan mencetus tanda tanya mengenai polisi sukan berkenaan terhadap atlet wanita yang bergelar ibu.

“Terbuka Perancis sudah menghukum Serena Williams kerana dia melahirkan anak,” tajuk utama akhbar USA Today yang mempertika­ikan layanan ke atas juara 23 kali kejohanan utama sejurus selesai undian kelmarin.

Pada usia 36 tahun, pemain tenis Amerika Syarikat itu tampak kembali cergas selepas melahirkan bayi perempuan, September lalu meskipun berehat hampir setahun sekali gus hilang kedudukan ranking WTA sekembali ke gelanggang Mac lalu.

Sejak kembali aktif, Serena hanya beraksi di kejohanan Indian Wells dan Terbuka Miami musim ini.

Namun, semua keputusan dalam kejohanan berkenaan jauh daripada yang diharapkan dan dia hanya mampu memanjat ke tangga 449 ranking dunia.

Dengan mata ranking yang begitu rendah, tidak ada pemain yang mampu diundi dalam peringkat kelayakan di Terbuka Perancis melainkan diberikan wildcard atau menggunaka­n sistem perlindung­an ranking, yang membolehka­nnya terus melangkah ke gelanggang.

Ia adalah sistem yang diguna

(gambar)

pakai untuk pemain memiliki ranking tinggi yang lama berehat membabitka­n tempoh antara enam bulan hingga dua tahun akibat sama ada berdepan kecederaan, sakit ataupun kehamilan.

Tetapi sistem itu tidak menjamin mereka kembali ke kelompok pemain pilihan sekali gus mendedahka­n Serena berdepan masalah penyingkir­an seawal pusingan pertama.

Ketika di Terbuka Miami, Serena berdepan juara Kejohanan Indian Wells, Naomi Osaka dalam perlawanan pembukaan dan mudah ditunjuk jalan keluar.

“Dia sudah memenangi gelaran kejohanan ini terlalu banyak (lapan kali) dan dia wajar diberikan perlindung­an ranking,” kata Pengarah Terbuka Miami, James Blake sebagai mengulas keengganan WTA meminda peraturan berhubung perkara itu meskipun setuju ‘menilai semula’ perkara itu selepas ini.

“Ia bukan meninggalk­an dunia tenis akibat kecederaan ataupun hilang minat dalam sukan berkenaan. Dia memiliki anak yang sepatutnya kita semua meraikanny­a dan sebaik dia kem- bali bersaing, sepatutnya ada tempoh yang membenarka­n dia diletakkan kembali dalam kelompok pemain pilihan,” katanya.

Minggu lalu, bintang tenis Russia, Maria Sharapova yang baru kembali ke gelanggang akibat digantung atas kesalahan doping turut menyuaraka­n pandangan sama.

“Ia adalah langkah yang teruk, saya mahu melihat peraturan itu berubah dan saya fikir ia akan lebih bagus jika ada perubahan,” katanya. Paris: Muka baru, Jon Rahm

bukanlah pemain profesiona­l dua tahun lalu, tetapi pemain yang terkenal dengan kemampuan membuat pukulan jauh dari Sepanyol itu sedia membuktika­n sentuhanny­a selepas terpilih mewakili pasukan Eropah untuk merampas kembali trofi Piala Ryder yang bakal berlangsun­g September depan.

Pemain berusia 23 itu hampir beberapa kali menempatka­n dirinya sebagai pemain nombor satu dunia musim ini ketika trio Amerika Syarikat (AS) iaitu Justin Thomas, Dustin Johnson dan Jordan Spieth berada di depan Rahm.

Rahm akan muncul sebagai pemain yang digeruni oleh peminat golf AS di Paris nanti apabila dia sebelum ini memperliha­tkan sentuhan cemerlang dengan memenangi lima kejuaraan profesiona­l termasuk dua yang diraih di AS dalam tempoh 16 bulan.

Berbeza dengan bintang handalan Eropah, Rory McIlroy dengan status sebagai pemenang empat kejuaraan major kini berdepan masalah kecederaan dan masih bergelut

(gambar)

mengekalka­n rentak permainan terbaik di gelanggang.

Rahm pula bebas kecederaan dan sikap beraninya sesuai untuknya menyahut cabaran Piala Ryder kelak.

Cabaran sukar di lapangan Le Golf National tampak menyebelah­i gaya permainan Rahm yang terkenal sebagai pakar pukulan jauh yang tepat sebaik kejohanan bermula 28 September ini.

“Daripada apa yang saya dengar menerusi perbualan dengan ramai orang, cabaran di Piala Ryder itu nyata berbeza berbanding kejohanan lain,” kata Rahm kepada Golf Digest, awal bulan ini.

“Saya tentunya akan ke sana dengan agak gemuruh berbanding yang pernah saya alami sebelumnya, saya pastinya lebih tertekan berbanding sebelumnya.”

Nasib pasukan Eropah di Piala Ryder secara tradisi banyak bergantung kepada kehebatan pemain Sepanyol sejak pasukan berkenan menggunaka­n semua pemain terbaik di benua itu berbanding sebelumnya yang hanya diwakili pemain Britain dan Ireland pada 1979. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? VERSTAPPEN (kiri) dan Ricciardo ketika bertemu peminat.
VERSTAPPEN (kiri) dan Ricciardo ketika bertemu peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia