Harian Metro

GP Monaco dijangka sebelahi Red Bull

-

Monaco: Pasukan Red Bull mampu mencipta kejutan di Grand Prix Monaco ketika perlumbaan Formula Satu (F1) meraikan sambutan ulang tahun ke-250 hujung minggu ini.

GP Monaco yang penuh glamor dalam kalendar F1 itu dijangka akan menyebelah­i Max Verstappen dan Daniel Ricciardo yang pantas dalam laluan sempit

“Kami tidak akan ke sana sebagai pasukan pilihan, ia tentunya pelumba Red Bull dan Ferrari,” kata bos Toto Wolff menjelang perlumbaan itu hari ini.

“Red Bull sangat hebat di selekoh dan litar lurus tidak menjadi penting di sini dan Ferrari menguasai perlumbaan di sini tahun lalu,” katanya.

Mercedes pastinya bergantung sekali lagi kepada juara dunia, Lewis Hamilton yang kini 17 mata di depan pencabar utama dari pasukan Ferrari, Sebastian Vettel selepas lima perlumbaan.

Pelumba Britain itu berharap menang sekali lagi selepas kejayaan di GP Azerbaijan dan Sepanyol namun tidak menafikan peluangnya agak getir memandangk­an peningkata­n pemandu dari pasukan lain.

Tahun lalu, Ferrari menguasai petak depan dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua dengan menyaksika­n Vettel memimpin Kimi Raikkonen ke garisan penamat, manakala Hamilton hanya menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh mujur rakannya dari Finland, Valtteri Bottas berakhir di tangga keempat.

Vettel pula dijangka kembali menyinar dengan bekalan dua kemenangan awal meskipun dia gagal mencapai sasaran podium pada tiga perlumbaan terakhir.

“Saya agak optimis melangkah ke Monaco, saya tidak nampak mengapa pasukan kami tidak berada dalam posisi kemenangan,” kata pemandu Jerman itu sejurus tamat perlumbaan di Barcelona.

“Tetapi kamu perlu menilainya semula sebaik berada di sana, penggunaan tayar berbeza di sana tambahan pula treknya juga unik. Sama-sama kita lihat nanti, harapnya ada kejutan di sana,” katanya. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia