Harian Metro

TAHAN LAPAR 18 JAM

- Agensi

London

Mohamed Salah mungkin perlu berpuasa sehingga 18 jam sebelum aksi final Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Real Madrid di Kiev, Ukraine awal pagi Ahad ini.

Salah, pemain Muslim dari Mesir diketahui umum taat mengikut ajaran Islam dan rakan sepasukann­ya, Sadio Mane juga akan menemaniny­a dalam mengharung­i waktu siang yang panjang di Eropah sepanjang Ramadan ini.

Dan ketika pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tidak mendedahka­n bagaimana beliau membuat persiapan berbeza untuk Salah, pengurus pasukan Mesir, Hector Cuper tampil membincang­kan perkara itu menjelang Piala Dunia di Russia.

“Persatuan

Bola Sepak

Mesir menggunaka­n khidmat pakar bagi membantu saya dan pemain-pemain sepanjang Ramadan,” kata Cuper.

“Kami akan memantau pemakanan dan rehat mereka

 Salah, Mane perlu puasa lebih lama menjelang aksi final

dan berharap ia tidak akan memberi kesan ketara ke atas mereka.

“Ia mungkin akan menjadi masalah kepada jurulatih kerana pemain-pemain akan berpuasa dari pagi hingga ke senja, jadi bukan mudah untuk menjalanka­n latihan.

“Tetapi, ia kewajipan dalam agama dan saya tidak boleh menghalang mereka daripada menunaikan­nya. Kami sedang mencari jalan terbaik untuk mengelak pemain daripada keletihan dan kecederaan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia