Harian Metro

Kroos ada ramuan sekat taktik Kloop

-

Madrid: Bintang tengah

Real Madrid, Toni Kroos

sudah bersedia untuk berdepan “11 petualang” yang menanti mereka di final Liga Juara-Juara di Kiev, Ukraine, awal pagi Ahad ini.

Perancang tengah itu cukup mengenali Juergen Klopp yang sering ditemuinya ketika beraksi dalam saingan Bundesliga apabila bekas pengurus Borussia Dortmund itu sentiasa tampil dengan aksi lebih baik berbanding Bayern Munich yang disertainy­a.

“Apabila kami bermain menentang mereka, ia amat sukar. Di Bayern Munich, kami sentiasa berdepan masalah melawan Dortmund,” kata Kroos.

“Kami menjangkak­an Liverpool akan beraksi dengan agresif kerana mereka mempunyai jentera serangan yang amat pantas, tetapi kami boleh menghentik­an mereka. Ia pasti sukar.

“Itulah yang kami jangkakan pada Sabtu (awal pagi Ahad). Pasukannya sentiasa bermain dengan agresif, mereka banyak memberikan tekanan, selama 90 minit.

“Mereka cukup bermotivas­i. Saya menjangkak­an ia perlawanan yang amat sukar untuk kami tetapi dengan peluang untuk menang.

“Mereka akan menjadi 11 pemain yang luar biasa, kesemuanya bersedia.

Kami mungkin lebih baik dalam penguasaan bola tetapi mereka akan meletakkan kami dalam tekanan selama 90 minit dan perlu berada di tahap

100 peratus atau lebih.”

Sama seperti pengurusny­a, Zinedine

Zidane, Kroos juga tidak bersetuju dengan dakwaan yang mengatakan Liverpool lebih bernafsu berbanding Real yang sudah menjulang dua gelaran berturut-turut sebelum ini.

“Saya fikir kedua-duanya ‘lapar’ dan saya tidak melihat ada pasukan dianggap pilihan. Untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara, kamu tidak boleh menjadi pasukan yang tidak bagus.

“Liverpool menewaskan Manchester City, salah satu pilihan utama,” kata pemain kebangsaan Jerman itu yang turut menyuaraka­n kekaguman terhadap penyerang The Reds, Mohamed Salah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia