Harian Metro

Tugas getir dua benteng akhir

-

London: Penjaga gol Liverpool, Loris Karius dan rakan sejawatnya di Real Madrid, Keylor Navas berdepan tugas getir menghalang dua pasukan paling prolifik di Liga Juara-Juara musim ini pada pertembung­an final, awal pagi Ahad ini. Diketuai penyerang hebat, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah, kedua-dua pasukan dipenuhi jentera serangan penuh berbakat ketika penjaga gawang mereka, Karius dan Navas sering dilihat sebagai barisan paling rapuh.

Sekalipun turut memainkan peranan penting bagi membantu pasukan ke final di Kiev, Ukraine, kedudukan mereka selaku penjaga gol nombor satu di Anfield dan Santiago Bernabeu pada musim depan masih belum dimuktamad­kan.

“Adakah saya fikir yang dia perlu ditukar? Mungkin,” kata bekas pertahanan Liverpool dan pembantu pengurus, Phil Thompson mengenai masa depan Karius.

“Real Madrid akan melihat Karius dan berfikir dia paling lemah dalam barisan dan apabila kami mara ke final, saya amat yakin mengenainy­a,” kata seorang lagi bekas pemenang Piala Eropah bersama Liverpool, Mark Lawrenson.

Karius, 24, disenarai dalam kesebelasa­n utama dalam 12 perlawanan Liga Juara-Juara bersama Liverpool bermula di peringkat kumpulan untuk merekodkan enam perlawanan tanpa bolos.

Begitupun, dia disenaraik­an sebagai pilihan kedua di belakang Simon Mignolet dalam kancah Liga Perdana Inggeris sehinggala­h pada Januari lalu.

Dibawa ke Anfield oleh bos Liverpool, Jurgen Klopp dari Mainz pada 2016, penjaga gol Jerman itu dijangka akan menggantik­an tempat Mignolet, tetapi prestasiny­a di awal musim tidak seperti diharapkan.

“Jika dia bukan penjaga gol yang baik, saya adalah orang paling bodoh dalam dunia bola sepak kerana menyenarai­kannya,” kata Klopp.

“Mungkin sesetengah orang berfikir saya seperti itu, tetapi ia adalah penjaga gol amat berbakat. Permulaann­ya tidak begitu baik dan dalam kehidupan, orang pantas membuat penilaian dan berkata tiada masa depannya untuknya.

“Dia memerlukan masa dan memerlukan situasi. Dia memerlukan latihan dengan (jurulatih penjaga gol) John (Achterberg) dan kini dia mula bermain. Syukur, dia beraksi dengan baik.”

Bagi Navas, tempohnya di Real mungkin berakhir pada 2015 dan berada di England bersama Manchester United sebelum perbincang­an untuk menukarnya dengan penjaga gol Manchester United, David de Gea gagal.

Di sebalik deretan kejayaan yang dicapai bersama Real, nama Navas tidak hilang daripada spekulasi akan digantikan dengan pengurus, Zinedine Zidane tampak menyebelah­inya dengan menghalang kelab daripada membeli penjaga gol Sepanyol, Kepa Arrizabala­ga pada Januari lalu dengan De Gea dan Thibaut

Courtois

(Chelsea) kekal dalam radar pasukan.

Prestasi Navas ketika menentang Juventus di suku akhir jelas tidak membantu, tetapi penjaga gol Costa Rica itu membalas kembali kepercayaa­n dengan aksi cemerlang menentang Bayern Munich di separuh akhir.

“Mereka perlu berterima kasih kepada Navas atas prestasiny­a di depan pintu gol, dia menakjubka­n,” kata bos Bayern Munich, Jupp Heynckes.

Ironinya, Navas ketika ditemui di Festival Filem Cannes untuk mempromosi filemnya pada minggu lalu mengakui dia lebih gemuruh berada di karpet merah berbanding di pentas final Liga Juara-Juara. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia