Harian Metro

Puji anak buah

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Nidzam bangga Lang Merah mampu bertahan tanpa peledak

Ketua Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff memuji barisan pemainnya termasuk benteng pertahanan Kedah yang beraksi dengan penuh disiplin mengekang asakan dari trio penyerang berbisa Pahang Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima.

Biarpun mengakui skuadnya serba kekurangan tanpa penyerang utama yang masih belum dimuktamad­kan, namun kegigihan yang ditunjukka­n oleh semua pemain sepanjang 90 minit harus diberi pujian apabila berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Pahang, kelmarin.

“Saya bersyukur walaupun kita masih tiada penyerang utama, tapi pemain lain bergilir gilir menyumbang­kan gol sejak beberapa perlawanan lalu menepati perancanga­n yang kita lakukan.

“Pemain pertahanan berjaya mematahkan asakan bahaya daripada penyerang Pahang hasil disiplin tinggi yang yang ditunjukka­n malam ini.

“Tempo perlawanan tidak begitu tinggi dilihat pada separuh masa pertama, namun selepas kita memperoleh gol pertama pada penghujung babak pertama kita beraksi dengan rentak yang lebih laju di separuh masa kedua,” katanya.

Nidzam juga mengakui kemasukan Akhyar Rashid yang memiliki kepantasan pada separuh masa kedua turut meningkatk­an tempo serta rentak permainan Kedah hingga berjaya melakukan asakan bahaya dan akhirnya Kedah berjaya menghasilk­an gol kedua.

“Pemain telah beraksi dengan penuh keyakinan dan mengikut arahan yang diberikan dan saya rasa kemenangan ini akan melonjakka­n lagi semangat kami untuk berhadapan perlawanan seterusnya dengan Selangor selepas ini.

“Kombinasi dua bek tengah iaitu Syawal Nordin dan Khairul Helmi Johari yang memang sudah serasi dan pernah berganding­an pada final Piala FA tahun lalu dilihat tiada masalah dari segi persefaham­an yang mereka tunjukkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Skuad Lang Merah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin turut berpuas hati dengan taktikal yang dirancang oleh Nidzam Adzha sambil mengakui proses mengikat penyerang import baharu, Paulo Rangel kini berjalan lancar yang menyaksika­n beliau (Rangel) kini sudah hadir ke Kedah dan berada pada peringkat akhir untuk didaftarka­n.

“Kita berada dalam proses akhir mengendali­kan urusan pendaftara­n untuk mengikat Rangel secara sah dan bermula esok (hari ini) kita akan menjalanka­n proses pendaftara­n dan kita hanya menunggu kelulusan pelepasan pemain (ITC) dari kelab Nakhon Ratchasima.

“Kita berharap urusan pendaftara­n Rangel akan berjalan lancar dan yakin kelab lamanya itu akan memberi kebenaran pelepasan dan sasaran serta perancanga­n kita adalah supaya Rangel dapat beraksi dalam perlawanan Kedah menentang Selangor pada 26 Mei nanti,” katanya. Alor Setar: Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh kecewa dengan jentera serangan barunya yang ‘tidak menjadi’ dan ‘lambat panas’ selepas Skuad Tok Gajah tewas 0-2 kepada Kedah, kelmarin.

Malah jentera pertahanan Kedah berjaya mengawal barisan serangan Pahang sehingga pergerakan mereka terbatas dan kurang aksi penyudah.

“Malam ini kita ‘tak menjadi’ terutama di bahagian jentera serangan kerana apa yang diharapkan daripada Austin Amutu, Patrick Cruz dan Issey Nakajima nampaknya tidak memberi impak di bahagian itu.

“Saya nampak Amutu dan Issey pada perlawanan pertama malam ini ada kekurangan dari segi tahap kecergasan yang ketara.

“Apa yang mereka lakukan

 ??  ?? KEON (dua dari kanan) mengasak pemain import Pahang, Awamchi Augustine Iwuji.
KEON (dua dari kanan) mengasak pemain import Pahang, Awamchi Augustine Iwuji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia