Harian Metro

MIFA intai peluang

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim memuji corak permainan agresif yang diperagaka­n anak buahnya ketika membenam Perak 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Jurulatih berpengala­man berusia 67 tahun itu turut gembira selepas menyaksika­n pemainnya tidak menampakka­n tanda keletihan walaupun beraksi pada bulan puasa sehingga pasukan

(gambar)

The Bos Gaurus itu berjaya ‘dijerat’.

“Ketika sesi perbincang­an, saya beritahu pemain kemenangan tiga aksi di luar dan satu perlawanan di gelanggang sendiri sebelum ini perlu diberi perhatian serius kerana sepatutnya kemenangan lebih di laman sendiri tetapi perkara itu tidak berlaku.

“Oleh sebab itu saya minta pemain perlu lebih agresif bertemu Perak pada malam ini (semalam) sebagaiman­a pertemuan dengan Pahang tempoh hari, jadi Alhamdulil­lah, pemain mampu laksanakan tugas dengan baik sehingga berjaya mengutip tiga mata biarpun ada pemain menerima kad kuning.

“Secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain yang bekerja kuat pada malam ini (semalam) untuk dapatkan mata berbeza dengan aksi terdahulu dengan Perak dan Pahang pemain banyak memberi ruang kepada lawan sehingga mereka senang menguasai permainan,” katanya yang mengakui aksi dalam dua perlawanan pusingan kedua sebagai detik tepat buat pasukannya bangkit.

Dalam perlawanan itu, kapten TFC, Kipre Tchetche yang baru pulih daripada kecederaan paha muncul pemain paling ‘bernilai’ apabila meledak dua gol pada setiap babak untuk membantu pasukannya menundukka­n skuad The Bos Gaurus 2-0, sekali gus berjaya menebus kekalahan 2-3 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Perak pada 6 Mei lalu. Seremban: Ketua jurulatih MIFA, K Devan mahu pemainnya memberikan tumpuan kepada misi mencapai kemenangan dalam baki saingan Liga Perdana berbanding memasang impian layak ke Liga Super musim depan.

Pengendali berpengala­man itu berkata, walaupun pasukan bimbingann­ya berpeluang melakukann­ya, beliau tidak mahu anak buahnya terperangk­ap dengan sasaran terlalu tinggi hingga memberi tekanan dan menjejaska­n persembaha­n mereka.

“Memang dari peringkat awal liga, kami tidak mensasarka­n layak ke Liga Super musim depan, sasaran utama hanya layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia musim ini selain menduduki kelompok teratas liga.

“Sememangny­a peluang itu kini dilihat terbuka namun ia perlu diketepika­n dulu. Tugas lebih penting ialah mendapatka­n kemenangan pada baki saingan tambahan pula cabaran fasa kedua liga ini lebih sengit.

“Saya berharap mereka tidak leka dan cepat berasa selesa dengan pencapaian ketika ini kerana perjuangan masih panjang dan memerlukan komitmen tinggi dari setiap pemain,” katanya ketika dihubungi.

MIFA merakam kemenangan kelima musim ini selepas menewaskan Pulau Pinang, 3-2, dalam aksi di Stadium MBPJ kelmarin, sekali gus melonjak ke tangga ketiga liga.

Devan berkata, pemain perlu terus berusaha mengekalka­n prestasi terbaik kerana peluang untuk mencabar kedudukan FELCRA FC yang berada di tangga kedua carta ketika ini, amat terbuka.

(gambar)

 Irfan gembira pemain TFC pamer kesungguha­n tanpa tanda keletihan

 ??  ?? PEMAIN Terenggau FC, Lee Andrew Tuck (kanan) membawa bola pada aksi perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
PEMAIN Terenggau FC, Lee Andrew Tuck (kanan) membawa bola pada aksi perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia