Harian Metro

Durakovic akur kekebalan skuad TFC

-

Kuala Terengganu: Biarpun pemainnya mempamerka­n semangat melawan tinggi hingga wisel penamat, ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic mengakui terpaksa akur dengan kehebatan skuad Terengganu FC (TFC).

“Saya akui bukan tugas mudah buat pemain kami mengatasi TFC apatah lagi pasukan itu dibimbing pengendali berpengala­man dan

(gambar)

dihormati dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Selain itu TFC mempunyai pemain mantap pada setiap posisi bermula di pertahanan hinggalah serangan, sekali gus menyukarka­n pemain kami menembusi benteng pertahanan mereka.

“Lebih memeritkan kita dihukum menerusi dua kesilapan yang membolehka­n tuan rumah menjaringk­an gol pemisah.

“Tapi jika pemain beraksi mengikut arahan dan konsisten, keputusan pasti berbeza,” kata Mehmed ketika ditemui selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, skuad The Bos Gaurus yang kini masih berada di kedudukan kedua liga gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas pasukan TFC apabila tewas 0-2.

Mehmed berkata, kesilapan barisan pertahanan memberikan sepakan penalti kepada lawan membawa kepada gol pertama TFC pada minit ke-25 perlawanan, sekali gus mengubah rentak permainan.

“Apapun inilah bola sepak, namun musim liga masih panjang dan aksi mengecewak­an ini perlu dilupakan segera pemain untuk kembali fokus dalam aksi seterusnya bertemu PKNP FC,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia