Harian Metro

Takkan ke mana pun...

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

 Tindakan pasukan ikat pemain import ‘kitar semula’ boleh membantutk­an perkembang­an Liga M

enyakit’ suka mengikat pemain import ‘kitar semula’ yang semakin merebak ke dalam beberapa pasukan dianggap boleh membantutk­an perkembang­an Liga Malaysia (Liga M).

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar mendakwa perkara itu terjadi disebabkan sikap pengurusan pasukan dan jurulatih yang hanya memikirkan jalan pintas untuk memperkuat­kan pasukan, terutama pada jendela perpindaha­n pertengaha­n musim.

Beliau berkata, keadaan itu juga menunjukka­n pengurusan dan jurulatih malas melakukan kajian dan kerja rumah Kota Kinabalu: Sabah hanya akan menggunaka­n dua pemain import apabila berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang untuk bertemu pendahulu Liga Perdana, FELDA United, malam ini.

Pengendali­nya, Jelius Ating berkata, ia berikutan ketiadaan dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong yang tidak disambung kontrak yang tamat 17 Mei lalu.

“Walaupun terpaksa mengharung­i perlawanan ini dengan hanya dua pemain import, ia bukan bermakna kita tidak mampu untuk beraksi baik, ini juga peluang bagi pemain jarang diturunkan untuk membuktika­n kemampuan mereka.

“Memang kita akui ia satu lagi perlawanan sukar terutama apabila hanya menggunaka­n dua pemain import, namun kita akan cuba mendapatka­n keputusan baik esok,” katanya.

Jelius berkata, beliau akan membuat beberapa perubahan terhadap corak permainan pasukannya termasuk meletakkan pemain pertahanan, Maffry Balang di bahagian tengah.

Jurulatih berusia 47 tahun itu dijangka mengekalka­n Robson Rendy Rining sebagai penjaga gol sambil dibantu yang lebih mendalam terhadap pemilihan pemain import baru demi kebaikan pasukan.

“Ini (ikat pemain kitar semula) menunjukka­n prestasi kita masih di takuk lama. Kita sudah kenal dan tahu tahap kebolehan pemain ini, kalau 80 peratus, maka ia tidak lagi boleh lebih daripada 80 peratus.

“Bagi saya bukan mereka (pasukan) takut nak ambil risiko (pemain baru tak menjadi), tapi mereka tak rajin meneliti, dan mengkaji kemampuan pasukan. Sepatutnya mereka mencari pemain baru, bukan yang kitar semula.

“Memang liga kita takkan ada peningkata­n kalau terus gunakan pemain kitar semula ini. Kalau prestasi pemain ini baik kenapa pasukan lama tak nak kekalkan mereka?

“Jadi sebab itu saya tidak berapa setuju apabila banyak pasukan guna pendekatan ambil pemain kitar semula ini dan ia bukan langkah yang baik untuk perkembang­an liga,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pahang menandatan­gani dua bekas pemain Kelantan dan Terengganu, Austin Amutu dan Issey Nakajima-Farran pada jendela perpindaha­n kedua yang dibuka sejak 7 Mei lalu dan pendekatan sama turut dilakukan pasukan lain.

Malah, Kedah juga bakal mengikat bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Paulo Rangel, selain PKNS FC juga dilaporkan berada dalam proses membawa kembali bekas pemain mereka, Gabriel Guerra sebelum tarikh perpindaha­n ditutup pada 3 Jun.

Selain itu, Azlan berkata, kehadiran semula pemain kitar semula ini juga dilihat gagal memberi elemen kejutan yang maksimum untuk menarik minat penyokong ke stadium.

“Bola sepak adalah perniagaan di mana kita mengharapk­an penyokong datang ke stadium untuk mendapatka­n pendapatan. Jadi kita perlukan elemen kejutan.

“Tapi apa elemen kejutan yang ada pemain kitar semula? Tiada, sebab peminat memang sudah kenal mereka. Jadi tiada apa yang baru.

“Tapi macam pemain tempatan pergi ke pasukan lain memang tindakan yang wajar kerana ia menunjukka­n prestasi mereka semakin meningkat dan sebab itu dapat tawaran baru,” katanya.

 ??  ?? SESI latihan pasukan bola sepak Sabah di Padang Sintetik Kompleks Sukan Likas.
SESI latihan pasukan bola sepak Sabah di Padang Sintetik Kompleks Sukan Likas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia