Harian Metro

Tak takut dibenci

- DARI MUKA 1

Watak antagonis dalam Andainya Takdir melekat di hati penonton

“Misi saya mahu menjadi pelakon serius dan berjaya seperti idola saya,Datuk Rosyam Noor dan Shaheizy Sam,” katanya.

Mengenai wataknya dalam drama Andainya Takdir, Shukri yang baru saja mengunggul­i kategori Aktor Antagonis Pilihan pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 mengakui itu antara karakter paling mencabar kemampuann­ya.

“Awal pembabitan dulu, saya sering ditawarkan watak jahat termasuk dalam drama bersiri Juvana.

“Namun, watak antagonis yang saya bawakan dalam drama Andainya Takdir berbeza kerana ia bukan kisah adaptasi novel dan tidak pernah dilakonkan sebelum ini.

“Ramai penonton beri maklum balas memberangs­angkan. Kata mereka, watak itu meninggalk­an kesan di hati mereka.

“Cerita seperti ini adalah realiti dalam masyarakat, tetapi tidak diketengah­kan sebelum ini,” katanya.

Shukri juga tidak bimbang dirinya dibenci penonton gara-gara watak jahat lakonannya dalam drama itu.

“Sebagai pelakon, saya mahu peminat nampak sisi lain saya dalam lakonan.

“Sebab itu saya terima watak ini dan gembira apabila ia menjadi,” katanya.

BERPUASA DI LOKASI

Ramadan ini, Shukri terikat dengan penggambar­an Supertele terbaru berjudul Selirat untuk saluran TV9.

“Saya juga ditawarkan watak antagonis dalam cerita ini. Kali ini, saya melakonkan watak anak yang dibesarkan kumpulan gengster.

“Saya suka dengan watak ini dan berharap ia menjadi satu lagi pembuka jalan untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini,” katanya.

Mengulas mengenai penggambar­an ketika berpuasa, Shukri tidak menafikan ia sangat mencabar.

“Bukan kerja mudah kerana kita berpuasa dan bekerja dalam cuaca panas.

“Mujur pihak produksi prihatin dengan membuat penggambar­an babak ringan ketika Ramadan,” katanya. -RamlahZain­al

 ?? FOTO ?? Sebagai pelakon, saya mahu peminat
nampak sisi lain saya dalam lakonan
FOTO Sebagai pelakon, saya mahu peminat nampak sisi lain saya dalam lakonan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia