Harian Metro

Lee Hongki bongkak!

-

Netizen kumpul petisyen minta kerajaan hukum vokalis FT ISLAND

seorang joki penyiaran kontrovers­i dikenali sebagai Chulgoo.

Chulgoo terkenal dengan kandungan perbincang­an kontrovers­i. Antara yang dibicaraka­n adalah jenayah terhadap wanita, mengutuk pergerakan bersejarah, mengejek orang dan banyak lagi. Kemunculan

Hongki dalam ruang sembang itu disifatkan menyokong joki penyiaran berkenaan. Netizen yang berang dengan tindakan Hongki mewujudkan petisyen meminta pihak berwajib menjatuhka­n hukuman terhadap pelakon dan penyanyi itu.

Petisyen berkenaan berjaya mendapat lebih 4,800 tanda tangan sehingga semalam.

Tidak mahu berdiam diri dengan kritikan yang terus menghujani­nya, Hongki tampil dengan kenyataan balas di Instagram menafikan dia menyokong Chulgoo.

“Kamu semua buat saya gila. Saya bukannya melihat dia melakukan perkara terkutuk seperti yang kamu tuduh. Saya cuma meninjau ruang sembang itu dan kebetulan dia sedang bersiaran.

“Takkan kerana itu kamu terus hilang hormat terhadap saya? Kalau kamu kenal saya secara dekat, kamu pasti tahu saya bukan jenis orang yang begitu.

“Kenapa kamu mendesak untuk saya tampil dengan penjelasan seperti yang kamu mahukan? Kalau kamu hilang rasa hormat, itu di luar kuasa saya. Apa yang pasti ia tidak seperti kamu sangka dan berhenti bercakap mengenai perkara ini,” tulisnya.

Bagaimanap­un, peminat penyanyi itu mempertaha­nkannya dan menganggap netizen bersikap keterlalua­n. Tidak mahu kalah, peminatnya turut mewujudkan petisyen meminta semua petisyen menentang Hongki digugurkan.

Sehingga semalam, petisyen itu mendapat sokongan lebih 10,300 peminat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia