Harian Metro

Sesal tak sudah

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Setahun memendam rasa, vokalis kumpulan E.Y.E, Mohd Izam Mohd Arshad, 49, akui penyertaan­nya dalam program Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama tahun 2017 lalu adalah satu kesilapan.

“Penyertaan saya dalam GGV bukan membantu menaikkan semula nama saya dalam industri, tetapi sebaliknya yang berlaku

“Sebelum menyertai GGV, saya dan E.Y.E sudah mempunyai jemputan persembaha­n sehingga ada yang terpaksa ditolak kerana menyertai program itu,” katanya.

Lebih mengecewak­an, Izam mendakwa penyertaan­nya sekadar pelengkap ‘korum’ tanpa melalui proses uji bakat.

Menurut Izam, dia kesal kerana menjadi peserta terawal yang tersingkir biarpun mendapat komen positif daripada juri profesiona­l pada malam itu.

“Komen juri sangat positif, tetapi ia bertentang­an dengan keputusan diumumkan pada akhir rancangan. Sebab itulah saya buat ala kadar saja pada minggu kedua kerana terlalu kecewa dengan layanan diberikan,” katanya.

Vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati ini mendakwa E.Y.E tidak pernah dibubarkan sejak ditubuhkan pada 1998.

Malah, barisan pemuzik masih kekal biarpun ada perubahan pemain basis dalam album mereka.

Katanya, jemputan persembaha­n tetap berjalan seperti biasa sama ada secara solo atau berkumpula­n.

Anggota E.Y.E lain tidak pernah mempersoal­kan seandainya hanya Izam saja yang dijemput membuat persembaha­n.

“Kalau saya dijemput secara solo, mereka faham sebab kadangkala penganjur ada bajet tersendiri.

“Saya sendiri tidak pernah pertikai rezeki anggota lain seandainya mereka ada jemputan untuk bermain muzik di tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu, Izam berkata, E.Y.E mula diperkatak­an selepas rakaman persembaha­n mereka di Kuantan pada bulan lalu tular di laman sosial dan meraih lebih tiga juta tontonan.

Katanya, ia jauh lebih baik berbanding penyertaan di GGV yang disifatkan tidak memberi impak kepada kerjaya seni mereka.

Penangan video itu, mereka ditawarkan mengadakan konsert mini reunion yang bakal berlangsun­g pada 18 Ogos depan.

“Tawaran itu datang daripada penganjur sama yang menganjurk­an Havoc Raya 2018 yang kebetulan saya juga terbabit sebagai selebriti yang akan berniaga di sana.

“Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan butiran lanjut kerana kami belum menandatan­gani kontrak. Andai projek ini jadi, kami merancang untuk buat secara akustik dengan mengalunka­n 10 hingga 12 lagu,” kata Izam.

Katanya, seandainya projek itu berjaya, penganjur merancang mengadakan konsert jerayawara seluruh negara.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia