Harian Metro

Manfaat bertadarus

-

Berbuka puasa dan telefon pintar kini sukar dipisahkan

DARI MUKA 1

Bukankah lebih elok sekiranya aktiviti mengumpat online itu dihentikan dan menggunaka­n teknologi dengan lebih bermanfaat sebagai platform digital untuk menambah pahala, bukannya dosa.

Malah, keutamaan juga perlu dilebihkan kepada ibadat dan seboleh-bolehnya kita perlu mengelak terlalu menghiburk­an diri dengan perkara melalaikan sedangkan teknologi seharusnya mendekatka­n diri dengan Tuhan.

Kalau anda perhatikan, tabiat moden pengguna masa kini, sebaik saja masuk waktu berbuka puasa, mereka tidak membaca doa terlebih dulu, tetapi merakam foto makanan yang terhidang di depan mata.

Ya, berbuka puasa dan telefon pintar kini sukar dipisahkan. Bayangkan anda lebih sanggup menyunting foto di telefon berbanding menyediaka­n masa untuk bertadarus walaupun satu surah ringkas.

Malah, ada juga yang terlalu sibuk berbalas WhatsApp berbanding memanfaatk­an telefon pintar yang ada untuk memindah turun aplikasi al-Quran yang mampu diakses di mana saja pada bila-bila masa.

Namun dengan adanya al-Quran digital, ia seharusnya menjadi pelengkap Ramadan yang penuh berkat ini.

Aplikasi paling mudah dipasang bersama telefon pintar termasukla­h alQuran terjemahan bahasa Melayu yang didapati pada platform Android ini.

Ia pasti memberi kelebihan kepada pengguna yang mahu bertadarus iaitu aktiviti yang sangat digalakkan pada Ramadan.

Lebih menarik, ia disediakan dengan terjemahan bahasa Melayu dengan kemudahan ciri ‘Prayer Reminders’ untuk pemberitah­uan waktu solat tempatan anda.

Hanya leretkan dari kiri ke kanan untuk pergi ke surah sebelumnya atau dari kanan ke kiri untuk pergi ke surah berikutnya selain reka bentuk baru jenis ActionBar yang berupaya untuk menyalin ayat terbabit ke clipboard.

Bagi mencarinya pula, terdapat ikon carian berdasarka­n juz atau surah manakala satu klik yang lama membolehka­n surah terbabit ditandakan penanda buku, berkongsi di media sosial, aplikasi mesej atau melampirka­n nota.

Malah aplikasi sama turut menyediaka­n fungsi audio yang dialunkan Abdullah Basfar dalam setiap surah.

Selain aplikasi al-Quran, ada juga Quran digital yang menjadi tumpuan sekiranya pengguna mahu mengasingk­an antara al-Quran dan aplikasi alQuran dalam telefon pintar.

Ramadan kali ini mungkin masa yang sesuai untuk memanfaatk­an teknologi paling dekat dengan kita seperti telefon pintar dan tablet di samping penggunaan gajet lain seperti al-Quran digital atau tasbih elektronik.

Terdapat lambakan gajet di pasaran dengan pelbagai jenama yang menggunaka­n pen sebagai peranti memainkan audio bacaan al-Quran bagi membolehka­n anda mengaji di mana saja anda berada dengan bimbingan ‘ustaz’.

Bagaimanap­un, pen yang dibangunka­n perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks AlQuran Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sementara terjemahan­nya pula disahkan JAKIM.

Al-Quran dalam bentuk pen dapat membantu mereka yang mesra teknologi untuk belajar serta mendapat manfaat daripada set yang mengandung­i al-Quran berkod serta pen pintar.

Pada kebiasaann­ya, pengguna turut dibekalkan kad mengandung­i 114 surah dan kad 26 doa harian, buku Iqra dan pakej amalan solihin terdiri daripada surah Yasin, Asmaul Husna dan AlMa’thurat.

Pen pintar yang ada membolehka­n pengguna mendengar bacaan dengan mudah.

Ia direka untuk membaca teks dan imej yang dikodkan dan dicetak di atas kertas, kemudian menukarkan data berkenaan kepada suara atau bunyi. Saiz pen yang kompak memudahkan ia dibawa ke mana saja dan menjadikan proses pembelajar­an lebih menarik serta berkesan.

 ??  ?? MEMANFAATK­AN peranti mudah alih untuk bertadarus.
MEMANFAATK­AN peranti mudah alih untuk bertadarus.
 ??  ?? APLIKASI al-Quran mudah dibaca.
APLIKASI al-Quran mudah dibaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia