Harian Metro

Pelanggan TM pilih khidmat 3p

-

Lebih ramai pelanggan Telekom Malaysia

Berhad (TM) kini beralih ke peringkat rantaian penumpuan perkhidmat­an 3Play (3P) iaitu kombinasi telefon, jalur lebar, mobiliti dan TV.

Ketua Pegawai

Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, 45 peratus isi rumah yang melanggan produk TM mempunyai perkhidmat­an 3Play terbabit.

“Pelan mudah alih pertama kami, unifi Mobile menerima maklum balas memberangs­angkan daripada orang ramai dengan langganan melebihi 1.3 juta SIM yang dicatat dalam tempoh singkat.

“Selain itu, unifi Wireless Broadband iaitu perkhidmat­an bagi memenuhi keperluan penyewa kediaman yang dilancarka­n, barubaru ini menjadi salah satu inisiatif kami untuk memperkasa gaya hidup digital,” katanya.

Katanya, ia sekali gus mengekalka­n pelanggan sedia ada sambil berusaha menarik lebih ramai pelanggan.

“Kami kini mempunyai liputan unifi bersepadu di seluruh negara termasuk jalur lebar, mobiliti dan WiFi walaupun menyak sikan penurunan dalam jumlah pelanggan jalur lebar tetap berikutan susutnya bilangan pelanggan preunifi (dahulunya dikenali sebagai Streamyx).

“Kami melihat pertumbuha­n suku tahun yang stabil bagi unifi pada 4.5 peratus sehingga 31 Mac lalu,” katanya.

Unifi kini mencatatka­n 1.18 juta pelanggan. Model telefon, Huawei

Nova 2 Plus bakal menerima suntikan Android Oreo dengan versi beta terkini.

Nova 2 Plus ke pasaran Malaysia dengan keupayaan kamera depan beresolusi sehingga 20 megapiksel.

Ia menggunaka­n pemprosesa­n HiSilicon Kirin 659 dengan saiz skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 piksel.

Di samping itu, Nova 2 Plus bakal memiliki dwikamera di bahagian belakang beresolusi 12 dan 8 megapiksel lengkap pengesan fokus automatik dan flash LED.

Pengguna yang berminat perlu memindah turun aplikasi beta sebelum klik pada ikon dan memasukkan akaun berasaskan Huawei ID.

 ??  ??
 ??  ?? SHAZALLI
Ramly
SHAZALLI Ramly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia