Harian Metro

Seluruh badan seperti lumpuh

- DARI MUKA 11

Bagi Fazry Erwan Kamarudin, 31, yang juga seorang penyelam dan pengusaha bot pelancong, niat asalnya berkongsi pengalaman berdepan masalah kesihatan yang jarang ditemui dan kaedah rawatan penyakit itu di media sosial untuk memastikan setiap individu peka dan sekurangku­rangnya tahu mengenai dekompresi.

Menurutnya, mengikut penjelasan pakar perubatan, dekompresi berlaku disebabkan gas nitrogen yang terlarut dalam tisu badan melalui tekanan persekitar­an yang rendah. Ia akan bertukar menjadi buih apabila nitrogen meresap ke dalam badan.

“Semuanya bermula kira-kira dua tahun lalu apabila saya mula mengesan saya tidak selesa apabila berada di darat. Untuk berasa sedikit selesa, saya perlu berada di atas bot.

“Apabila di darat, saya tidak selesa, mengalami mabuk darat kronik, kebas di hujung jari, sejuk terlampau di tapak tangan, jari dan kaki hingga paling teruk seluruh badan seolaholah lumpuh dan tidak dapat bergerak,” katanya.

Fazry berkata, dia mula bertemu doktor untuk mengesan masalah yang dihadapi apabila mengalami pelbagai simptom yang membimbang­kan.

“Malangnya selepas bertemu lebih 10 doktor, masalah dekompresi yang saya hidapi ini tidak dapat dikesan. Hampir semuanya menyatakan saya tiada apa-apa masalah dan tidak menghidapi sebarang penyakit berbahaya.

“Disebabkan sangat tidak selesa berada di darat, saya hidup di atas bot. Keadaan saya bertambah teruk apabila saya perlu berada di darat. Akhirnya saya menerima rawatan sebagai pesakit vertigo di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang sebelum dibenarkan keluar Februari lalu kerana semua keputusan pemeriksaa­n normal,” ujarnya.

Menurut Fazry, dia juga tidak terkecuali mencuba kaedah perubatan Islam dan tradisiona­l namun semuanya mengatakan keadaannya normal.

“Saya menjadi semakin buntu, mana tidaknya asalkan naik ke darat keadaan diri menjadi tidak menentu. Saya banyakkan membaca mengenai semua simptom yang dialami.

Pada penghujung Februari lalu, saya mula mengesyaki saya mengalami masalah dekompresi.

“Akhirnya saya mendapat bantuan daripada seseorang yang menerangka­n mengenai dekompresi dan cara untuk bertahan. Dia juga mencadangk­an supaya saya mendapatka­n rawatan di Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik (IPBAH) di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak. Di situ ada doktor pakar dan menyediaka­n rawatan untuk dekompresi,” katanya.

MULA JALANI RAWATAN

Fazry berkata, bermula detik itu hingga kini, dia menjalani rawatan bagi mengatasi masalah dekompresi yang dihidapiny­a. Disebabkan itu, dia perlu berada dalam alat kebuk oksigen di IPBAH dan ia ternyata amat membantu dirinya.

“Sebenarnya masalah ini agak kritikal memandangk­an cara rawatannya hanya bergantung kepada alat kebuk oksigen dan saya dapat bernafas dengan baik di dalam alat ini yang bertekanan tinggi seperti di dalam air.

“Waktu rawatan biasanya pagi iaitu bermula jam 8 atau 10 pagi bergantung kepada kesediaan pakar perubatan dan tempoh rawatan bergantung pada tahap kesihatan saya,” katanya.

Tambahnya, dia perlu menjalani tempoh rawatan enam atau tujuh jam ketika dia lumpuh satu badan.

“Bagi mengelak tekanan kerana berada di hospital dan perlu menjalani rawatan dalam tempoh yang lama, saya memilih untuk tinggal di hotel berhampira­n IPBAH.

“Saya yakin ia langkah terbaik untuk saya bagi mengelak daripada tertekan menghadapi masalah ini. Lokasi hotel ini dekat dengan IPBAH bagi memudahkan saya mendapatka­n rawatan terutama pada waktu kecemasan,” ujarnya.

Menurut Fazry, jika dilihat pada keadaan fizikalnya, dia kelihatan

 ??  ?? PERLU duduk di alat
kebuk oksigen bagi memastikan
diri kekal sihat.
PERLU duduk di alat kebuk oksigen bagi memastikan diri kekal sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia