Harian Metro

Rancang resipi untuk seminggu

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mudahkan tugas memasak untuk

berbuka, sahur bagi ibu bekerja

Rutin seorang isteri dan ibu sepanjang Ramadan sememangny­a sarat dan berbeza berbanding bulan lain. Kebanyakan ibu biasanya bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediaka­n juadah bersahur yang lazat dan sihat buat seisi keluarga.

Cabaran yang dihadapi bukan saja dari segi menyediaka­n menu untuk seisi keluarga malah pada masa sama, wanita juga berperanan memastikan suami dan anak-anak bangun sahur, sempat bersahur, bersolat dan seterusnya menyiapkan anak-anak ke sekolah.

Dalam kesibukan dengan pelbagai tuntutan tugas di samping menjalani ibadat pada bulan penuh keberkatan ini, si ibu ada kalanya tidak cukup masa terutama pada waktu pagi dan hanya sempat bersahur ala kadar untuk mengalas perut.

Semua ini secara tidak langsung menyebabka­n golongan wanita mudah tertekan dan kepenatan dek tuntutan tugas yang banyak.

Hakikatnya, perancanga­n awal menu bersahur dapat mengurangk­an tekanan wanita bergelar isteri dan ibu yang biasanya dihimpit dengan masalah kekangan masa sehingga terpaksa memasak dalam keadaan mengantuk dan letih.

Langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan merancang resipi yang akan dimasak sepanjang minggu.

Lakukan sedikit kajian ringkas dan senaraikan resipi yang sesuai dari segi masa penyediaan selain memenuhi cita rasa seisi keluarga.

Selain itu, perancanga­n menu secara terperinci boleh membantu dari segi mengatur pembelian barang makanan juga penyediaan bahan masakan supaya tidak kelam-kabut ketika hendak memasak.

Catatkan resipi dan barangan keperluan memasak yang hendak digunakan bukan sekadar lekat di ingatan. Pembelian keperluan memasak seperti sos, rempah-ratus dan bahan kering boleh dibeli lebih awal.

Untuk mengekalka­n kesegaran bahan basah, amalkan membeli barangan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bungkus dan simpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk. Perancanga­n teliti ini dapat mengelakka­n pembaziran.

Bagi Salina Hassan yang bekerja dan juga ibu kepada dua cahaya mata, persiapan awal dan terperinci adalah rutin penyelamat­nya sepanjang Ramadan.

“Saya selalu memulakan persediaan sahur selepas solat Tarawih dengan mengemas dapur dan seterusnya membuat persediaan bahan untuk dimasak bersama anakanak.

“Selalunya masa penyediaan dan mengemas dapur mengambil masa lebih lama berbanding proses memasak. Oleh itu, saya membersihk­an dan memotong bahan basah terlebih dulu sebelum tidur, kemudian menyimpann­ya dengan teratur dalam bekas mengikut resipi yang dirancang.

“Ketika bangun untuk bersahur, saya boleh terus memasak dan ia memang cepat. Memerap bahan semalaman adalah satu amalan yang dapat menambah rasa dan kelazatan kerana sos dapat diserap sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Salina turut mengakui dia ada mengamalka­n ‘jalan pintas’ seperti memasak untuk sahur pada waktu petang sebelumnya. Antara hidangan kegemaran keluargany­a adalah nasi ayam hainan Kimball dan bun ayam BBQ Kimball yang boleh dimasak lebih awal dan hanya perlu dipanaskan sebelum dihidangka­n.

Untuk menjimatka­n masa ketika bersahur dan mengurangk­an tekanan, Kimball mempunyai beberapa resipi ‘satu periuk’ dan resipi lengkap yang mempunyai karbohidra­t, protein, vitamin dan mineral.

Resipi seperti stew penne dan bayam Kimball, rol tortila Kimball dan nasi ayam Hainan Kimball boleh didapati di www.kimball. com.my.

 ??  ?? LAKUKAN persediaan
rapi dengan mendapatka­n barangan basah terlebih dulu dan menyediaka­n resipi bagi memudahkan urusan harian sepanjang
Ramadan.
LAKUKAN persediaan rapi dengan mendapatka­n barangan basah terlebih dulu dan menyediaka­n resipi bagi memudahkan urusan harian sepanjang Ramadan.
 ??  ?? SETIAP wanita bergelar ibu dan isteri sentiasa sibuk menyediaka­n juadah bersahur untuk keluarga.
SETIAP wanita bergelar ibu dan isteri sentiasa sibuk menyediaka­n juadah bersahur untuk keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia