Harian Metro

Rampas rokok, tembakau, mercun

APMM tahan bot pancung cuba seludup bahan terlarang

- Wan Faizal Ismayatim cnews@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) merampas 401 karton rokok pelbagai jenama, 10 bungkus rokok tembakau dan 24 bungkus mercun dipercayai diseludup dari negara jiran selepas menahan sebuah bot pancung di perairan Kampung Air Puyut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, bot peronda APMM yang menjalanka­n rondaan di kawasan perairan berkenaan mengesan bot pancung terbabit dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Zon Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, sebaik menyedari kehadiran bot APMM, bot pancung berkenaan meluncur laju ke arah kawasan Pasar Ikan Lahad Datu dan suspek sempat meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaa­n, anggota APMM menemui beberapa bungkusan plastik hitam berisi rokok dan mercun pelbagai jenama di kawasan terbabit, dipercayai dibuang oleh suspek dari botnya ketika melarikan diri.

“Kita percaya semua rokok serta mercun berkenaan cuba diseludup masuk untuk dipasarkan di sekitar daerah ini. Nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n RM22,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Radzil berkata, semua barang rampasan dibawa ke jeti perikanan Lahad Datu untuk untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang di perairan daerah ini boleh menghubung­i pusat operasi Maritim Malaysia Lahad Datu di talian 089 885727 atau talian MERS 999 untuk sebarang kecemasan.

 ??  ?? ANGGOTA APMM rampas 401 karton rokok pelbagai jenama, 10 bungkus rokok tembakau dan 24 bungkus mercun diseludup dari negara jiran.
ANGGOTA APMM rampas 401 karton rokok pelbagai jenama, 10 bungkus rokok tembakau dan 24 bungkus mercun diseludup dari negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia