Harian Metro

Hormati Ramadan

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 Pemilik restoran dinasihat tidak benarkan pelanggan Islam makan secara terbuka di premis mereka

Pemilik premis makanan dinasihatk­an tidak membenarka­n pelanggan beragama Islam makan secara terbuka di premis mereka pada siang hari sepanjang Ramadan ini.

Ketua Operasi Ramadan Bandaraya Kota Kinabalu Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Firdaus Faizal Karim berkata, sepanjang Ramadan pihaknya menjalanka­n operasi dakwah dan mendidik orang ramai berhubung amalan berpuasa dari semasa ke semasa.

“Operasi ini kami jalankan di sekitar bandar raya termasuk pusat belibelah dan restoran dengan berkonsepk­an mendidik serta berdakwah kepada orang ramai untuk menghormat­i bulan Ramadan. “Setakat ini, kami hanya memantau serta memaklumka­n kepada pemilik restoran atau premis supaya tidak menjual makanan atau membenarka­n orang Islam makan di premis secara terbuka,” katanya.

Firdaus turut menasihatk­an orang awam terutama yang beragama Islam tidak makan di tempat terbuka.

“Ini bagi menghormat­i bulan Ramadan dan orang yang berpuasa,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan terhadap orang Islam didapati makan dalam khalayak ramai.

“Setakat ini tiada penemuan (orang Islam makan dalam khalayak ramai). Lagi pun ia bukan operasi penguatkua­saan sebaliknya lebih kepada pendidikan untuk orang Islam sepanjang Ramadan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguatkua­sa JHEAINS melekatkan notis peringatan kepada pemilik premis sekitar Kota Kinabalu sepanjang Ramadan.
ANGGOTA penguatkua­sa JHEAINS melekatkan notis peringatan kepada pemilik premis sekitar Kota Kinabalu sepanjang Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia