Harian Metro

Fokus isu penempatan setinggan

-

Miri: Masalah penempatan setinggan di utara Sarawak khususnya Miri akan diselesaik­an secepat mungkin bagi membolehka­n penduduk dapat menjalani kehidupan dalam keadaan lebih selesa.

Ahli Parlimen Miri Dr Micheal Teo berkata, fokus kepada masalah itu selepas diberikan mandat oleh penduduk adalah memastikan bekalan air bersih dan kemudahan asas lain dapat disediakan sebaik mungkin kepada mereka.

Katanya, masalah penempatan setinggan agak serius di daerah ini berbanding bandar lain di Sarawak kerana dianggarka­n 5,000 penduduk masih bergelut mendapat penempatan yang lebih baik.

“Kebanyakan penduduk setinggan yang terdapat di Miri adalah di sepanjang Sungai Miri terletak di pusat bandar. Mereka hidup dalam keadaan kemudahan asas yang tidak sempurna.

“Selepas diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen, saya akan pastikan masalah setinggan yang sudah berlarutan sekian lama akan diselesaik­an dan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan pihak berwajib lain,” katanya yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri.

Micheal berkata, masalah setinggan wujud akibat perkembang­an pesat yang berlaku di utara negeri ini seperti di Miri selain didorong penghijrah­an penduduk luar bandar ke bandar.

Beliau berkata, kerajaan yang baru tidak akan mengabaika­n masalah dihadapi penduduk setinggan di utara negeri ini kerana masyarakat tidak kira di mana saja berhak mendapat kehidupan yang lebih baik.

 ?? Micheal ?? Saya akan pastikan masalah setinggan yang sudah berlarutan sekian lama akan diselesaik­an dan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan pihak berwajib lain”
Micheal Saya akan pastikan masalah setinggan yang sudah berlarutan sekian lama akan diselesaik­an dan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan pihak berwajib lain”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia