Harian Metro

Bekas CEO iflix dirempuh kereta

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iflix Malaysia parah akibat dirempuh kereta ketika mengayuh basikal di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) menghala ke Jalan Kuching di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.55 pagi, mangsa, Azran Osman Rani, 47, yang tinggal di Jalan Menerung, Bangsar di sini, dipercayai menjalanka­n aktiviti riadah bersendiri­an sebelum dilanggar PROTON Wira dipandu pelajar berusia 20 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, siasatan mendapati kereta itu mulanya menghala ke Jalan Kuching sebelum mengubah haluan ke susur kiri ke Damansara.

“Ketika mengubah laluan, pemandu mendakwa tidak menyedari ada penunggang basikal di hadapannya lalu terlanggar belakang basikal mangsa.

“Mangsa dipercayai tercampak ke atas kenderaan sebelum jatuh di atas jalan. Akibatnya mangsa cedera pada kepala dan tangan kiri manakala pemandu tidak cedera” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa dibawa menaiki ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Tambahnya, lokasi kemalangan alan lurus tiga lorong dan cuaca baik ketika kejadian.

Selain pernah berkhidmat sebagai CEO iflix Malaysia, Azran juga bekas CEO AirAsia X dan beliau kini CEO dan pengasas bersama sebuah syarikat teknologi kesihatan, Naluri Hidup.

 ??  ?? PETUGAS perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa di tempat kejadian.
PETUGAS perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia