Harian Metro

PERAP MADU ASLI 8 JAM

Ayam bakar Kamariah di Bazar Ramadan Taman Melewar ada keistimewa­an tersendiri

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Ayam yang dibeli segar setiap hari dan diperap dengan madu asli sehingga lapan jam sebelum dibakar.

Itu rahsia istimewa ayam bakar madu keluarga Nor Kamariah Isa, 31, yang menjual makanan berkenaan di Bazar Ramadan Taman Melewar, Gombak.

Resipi diwarisi daripada ibunya itu digunakan untuk memasak ayam bakar madu dan dijual kepada pelanggan setiap kali tiba Ramadan sejak tahun lalu.

Kamariah berkata, ayam madu itu pada mulanya dijual oleh adiknya sebelum dia meneruskan perniagaan keluargany­a.

“Saya mula memerap ayam itu seawal jam 8 pagi setiap hari dan mula dibakar bermula jam 3.30 petang.

“Pada awal Ramadan, saya menjual antara 25 hingga 30 ayam, manakala pada ketika cuaca tidak menentu, saya dapat menjual 20 ekor sehari,” katanya yang mempunyai enam anak.

Menurutnya, bagi memastikan ayam bakar madu yang dijual itu segar dan sesuai dengan cita rasa pelanggan, dia akan membeli ayam itu setiap hari dan tidak akan menjual baki ayam yang tidak terjual pada hari sebelumnya.

“Itu adalah keistimewa­an kami manakala madu yang digunakan pula adalah madu asli yang dibeli dari kampung bagi memastikan ia tidak manis dan sihat.

“Keenakan ayam bakar madu kami membuatkan ramai pelanggan menanti di gerai seawal jam 4.30 petang untuk membelinya sebagai juadah berbuka,” katanya.

Kamariah antara usahawan wanita tempatan yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada Coca-Cola dan menyatakan rasa bertuah terpilih dalam program 5by20 di bawah inisiatif Coca-Cola KU.

“Perniagaan kami akan mendapat lebih perhatian dan publisiti hasil inisiatif Cola-Cola KU, sekali gus memperkasa­kan serta memberikan semangat kepada usahawan wanita seperti saya,” katanya.

Terdahulu, Kamariah menerima sumbangan alas meja dan apron daripada syarikat Coca-Cola sempena Ramadan yang membolehka­n dia berniaga di Bazar Ramadan Taman Melewar itu dalam keadaan kemas serta teratur.

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.

Bagi penganjura­n di Malaysia, 5by20 adalah program Coca-Cola KU di mana usahawan tempatan akan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang

sewajarnya.

 ??  ?? NOR Kamariah bersama suami menyediaka­n juadah Ayam Madu di Bazar Ramadan, Taman Melewar, Gombak.
NOR Kamariah bersama suami menyediaka­n juadah Ayam Madu di Bazar Ramadan, Taman Melewar, Gombak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia