Harian Metro

Penjara mandatori tipu umrah

-

menggunaka­n individu yang bekerja di sektor kerajaan, badan penguatkua­saan, ahli perniagaan dan individu yang mempunyai status dan berpengaru­h serta kumpulan jemaah yang berjaya pergi ke Tanah Suci sebagai ejen bagi menimbulka­n kepercayaa­n orang ramai.

“Wanita ini licik memanipula­si duit bayaran orang ramai untuk urusan peribadi sedangkan duit itu perlu diagihkan kepada agensi lain, akhirnya dana itu habis.

“Saya difahamkan trip pertama yang diikuti ribuan jemaah memang ditaja pihak tertentu dan jemaah yang berjaya mengerjaka­n umrah akan balik berkempen. Ini yang menyebabka­n orang baharu yang tidak mendaftar tertarik dan ingin turut sama.

“Kita tengok skim macam ini lebih kepada kutu umrah kerana ia duit orang bayar lewat untuk menghantar mereka yang daftar awal,” katanya.

Sumber berkata, kes penipuan ini berlaku setiap tahun dan mangsa pula membabitka­n golongan warga emas yang menetap di luar bandar, orang yang kemampuan akses maklumat Internet terhad serta yang tiada pengetahua­n mengenai operasi pengurusan haji dan umrah.

“Kempen kesedaran dan pendidikan perlu diperluask­an kepada rakyat Malaysia, malah kita minta khususnya anak-anak muda supaya memaklumka­n penipuan ini kepada ibu ayah

“Kita juga berharap pihak kementeria­n selain menguatkua­sakan undang-undang untuk agensi pelanconga­n berlesen, supaya meletakkan syarat baru dengan memfokuska­n kepada pihak menjual pakej tanpa lesen,” katanya. Kuala Lumpur: Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji (PAPUH) mahu hukuman penjara mandatori diberikan kepada individu mahupun syarikat yang menawarkan pakej umrah kutu atas nama penajaan.

Pengerusi PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihak yang menawarkan skim berkenaan perlu dipenjarak­an terus berbanding hukuman membayar denda.

“Kalau contoh harga pakej RM6,800 syarikat pelanconga­n menawarkan harga RM6,000 itu logik sebab potongan diberikan tidak terlalu banyak lagipun sebagai syarikat besar dan berlesen dia memang akan bertanggun­gjawab.

“Kalau orang hendak taja pula, biasanya dia mesti taja orang yang dia kenal dan betul-betul memerlukan bukan sedekah kepada orang sembaranga­n. Ini memang jelas penipuan dan mengarut.

“Jadi, saya cadangkan pihak yang buat skim ini dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara mandatori jangan bayar denda supaya menjadi pengajaran kerana menipu orang ramai atas nama agama untuk kepentinga­n sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya menerima 1,200 aduan rasmi berkaitan skim ini yang didalangi ejen separuh masa tidak bertauliah dan tidak berlesen yang menyukarka­n kawalan pihak berkuasa.

“Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan sendiri tiada data ini memandangk­an orang yang kena tipu itu tidak mahu tampil membuat laporan kerana mereka masih mengharap hendak pergi melalui pakej murah dari harga pasaran itu selain takut kehilangan wang pendahulua­n.

“Daripada maklumat yang kami terima, peliknya bukan saja orang kampung teperdaya dengan helah skim ini malah turut menjadi mangsa kebanyakan mereka yang ada profesion termasuk pengarah, pegawai kerajaan, guru, polis dan banyak lagi yang menetap di bandar,” katanya.

Katanya, setiap aduan diterima dibawa ke pihak kementeria­n untuk tujuan memperketa­tkan penguatkua­saan saja, namun pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membawa pihak berkaitan ke muka pengadilan.

“Kita tak ada kuasa untuk buat apa-apa. Sebab itu kita cadangkan hukuman diberatkan selain hebahan melalui media diperluask­an supaya masyarakat hanya membeli pakej umrah kepada pihak yang berlesen saja,” katanya.

 ?? Sumber ??
Sumber
 ??  ??
 ??  ?? RAZALI
RAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia