Harian Metro

Adila tak kesal

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Adila Idris, 46, mengakui tidak pernah kesal atau terkilan apabila kebanyakan lagu dirakamnya tidak berkumanda­ng di radio.

Adila yang cukup dikenali dengan lagu berentak keroncong dan pernah mendapat jolokan Ratu Keroncong Malaysia ketika ditemui berkata, dia selesa bersikap positif dan enggan menuding jari kepada sesiapa.

“Selama lebih dua dekad menceburi bidang nyanyian, saya pernah mengecapi populariti pada era 90-an.

“Sekarang, biarlah penyanyi muda pula yang merasa hidup popular.

“Mereka (penyanyi muda) berhak menikmatin­ya kerana banyak juga karya yang didendangk­an sedap didengar.

“Lagi pun, tidak ada yang lama tiadalah yang baru. Ini sebahagian lumrah dalam industri seni dan hiburan,” katanya.

Bagi pemilik nama sebenar Fadzilah Idris ini, apa yang paling utama adalah terus bersemanga­t merakamkan lagu baru.

“Sama ada lagu nyanyian saya disiarkan radio atau tidak, terpulang. Saya tetap akan rakam lagu baru.

“Malah, lebih bermakna sepanjang dua dekad dalam bidang ini, masih ada tawaran menyanyi.

“Biarpun kebanyakan lagu saya tidak disiar radio, masih ada panggil saya menyanyi,” katanya.

Pernah popular dengan lagu Janji Seorang Kekasih, Adila berjaya melayakkan dirinya bertanding di Anugerah Juara Lagu 1996 (AJL 1996).

“Meskipun empat anak saya berbakat dalam muzik dan nyanyian tetapi anak kedua, Tengku Indra Muzaffar Tengku Ngah Putra atau Affa, 16, lebih menunjukka­n minat,” katanya.

Adila bertemu jodoh dengan Tengku Ngah Putra Tengku Ahmad Tajudin, 51, iaitu abang pelakon dan pengacara Raja Azura.

Pelakon Azhan Rani, 42, puas melakonkan watak antagonis sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur meskipun teruk dikecam penonton dan netizen di laman sosial.

Ujar pelakon itu, apabila dibenci bermakna persembaha­nnya menjentik hati penonton.

“Ingin ditegaskan bukan saya yang dikecam teruk tetapi watak Ustaz Hamadi itu yang membuatkan kebanyakan penonton dan netizen panas hati.

“Melihatkan keadaan itu, saya tahu penonton sekarang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia