Harian Metro

Dakwaan malukan Wings

-

Kuala Lumpur: “Saya akan tunggu hingga tempoh yang diberikan kepadanya tamat sebelum buat laporan polis kerana dia (wanita terbabit) memalukan kumpulan Wings.

“Semua bukti ada. Dakwaan wanita itu membabitka­n nama Wings dan saya tidak mahu perjuangan Wings selama 33 tahun musnah kerana isu ini,” kata vokalis Wings, Datuk Awie berhubung khabar angin anggota kumpulan itu didakwa menghamilk­an seorang wanita.

Wanita itu dalam kenyataann­ya mendakwa hamil lima bulan selepas melakukan hubungan sulit dengan seorang anggota kumpulan rock legenda itu.

Menurut Awie, setakat ini wanita terbabit tidak tampil menunjukka­n bukti berhubung dakwaan itu.

“Saya pernah bercakap dengan wanita itu yang meroyan dan seperti tidak betul. Dia mengugut mahu datang buat kacau ketika kami buat persembaha­n di hotel.

“Saya mencabar dia jika dia di pihak yang benar, sila buat ujian DNA dan laporan polis tetapi sampai sekarang tiada bukti dikemukaka­n,” katanya.

Awie ditemui selepas menjayakan program Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, kelmarin.

Apapun, kata Awie, dia sentiasa menyokong dan berada di belakang anggota kumpulanny­a yang dikaitkan dengan dakwaan itu.

“Biarlah saya yang ke depan dan bercakap bagi pihaknya (anggota terbabit) kerana belum ada bukti dia melakukan kesalahan itu.

“Rumah tangganya juga terjejas, tapi mujur dia memiliki isteri yang bagus dan memahami apa yang dilalui Wings selama ini.

“Kami juga ada keluarga untuk disara dan tidak mahu nama Wings terjejas dengan dakwaan sedemikian,” katanya.

 ??  ?? AWIE beri tempoh kepada wanita buat tuduhan.
AWIE beri tempoh kepada wanita buat tuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia