Harian Metro

LMEaTROng ‘cucuk’ duit

- Nor Azizah Mokhtar dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

 Jamal dakwa tidak lari tetapi ke Tabung Haji urus wang jaminan

Mahu kejar masa untuk urusan pengeluara­n wang di Tabung Haji (TH) untuk digunakan bagi kos bayaran reman.

Itu jawapan diberikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, 48, selepas lebih 36 jam menjadi buruan polis susulan kehilangan­nya dari Hospital Ampang Puteri di sini, sekitar jam 3 petang Jumaat lalu.

Beliau akhirnya muncul dan memaklumka­n punca kehilangan­nya semalam selain sudah menghubung­i pasukan peguam beliau bagi menyelesai­kan proses ikat jamin yang tergendala.

Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin dalam satu kenyataan awal pagi semalam berkata, Jamal sudah menghubung­inya dan memaklumka­n sedia memberi kerjasama kepada polis untuk menyempurn­akan proses itu.

“Beliau menjelaska­n bahawa pada petang hari kejadian, beliau bergegas keluar dari hospital selepas selesai proses (keluar wad) untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.

“Ketika itu, beliau percaya serta beranggapa­n proses ikat jamin sudah selesai dan sempurna,” katanya.

Mohd Imran berkata, Jamal turut memaklumka­n beliau belum sihat sepenuhnya dan masih dalam proses penyembuha­n.

“Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurn­akan proses ikat jamin dan memberi kerjasama kepada pihak polis selepas benar-benar sihat.

“Kita percaya berlaku sedikit salah faham sehingga perkara dan situasi beliau itu sudah dieksploit­asi dengan tanggapan negatif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia