Harian Metro

Jasad terakhir ditemui

-

Julau: Mayat mangsa terakhir tragedi perahu karam di Lubuk Sepali, Hulu Sungai Kanowit di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superinten­dan Bidol Noyeng, berkata mayat Eviline Linty Kaya, 23, ditemui terapung di kawasan dikenali Lubuk Tabau tidak jauh dari lokasi perahu berkenaan karam.

Katanya, berikutan penemuan mayat mangsa terakhir itu, operasi SAR di bawah kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak yang dilancarka­n Jumaat lalu dihentikan serta merta.

“Mayat mangsa pertama berusia 46 tahun ditemui terdampar di tebing sungai berkenaan Jumaat lalu disusuli mangsa kedua, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun di Sungai Pecur kelmarin (Sabtu).

“Keseluruha­nnya, tiga mangsa disahkan lemas, manakala dua lagi terselamat dalam kejadian ini yang berlaku dalam tempoh kurang seminggu menjelang sambutan Hari Gawai,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Khamis lalu, lima sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah panjang mereka di Nanga Ensiring apabila perahu panjang dinaiki tiba-tiba dimasuki air dan karam.

Kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari jeti rumah panjang mereka dengan dua mangsa berjaya berenang ke tebing sungai sebelum diselamatk­an penduduk kampung manakala tiga lagi hilang dihanyutka­n arus deras.

Difahamkan, keluarga berkenaan sebelum itu menziarahi saudara mereka di Nanga Entabai dalam kesibukan membuat persiapan menyambut Hari Gawai, 1 Jun ini.

Selain Eviline, identiti tiga mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Lenny Ingang, 46; dan Kelvin Sama Markus, 6.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin merakamkan penghargaa­n kepada agensi berkaitan, selain penduduk setempat yang turut membantu operasi SAR semua mangsa sejak tiga hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia