Harian Metro

Masih berlarutan sejak 17 tahun lalu

-

Seremban: “Kami sudah bosan dengan masalah banjir ini. Bukan setahun dua, tetapi sudah berlarutan sejak 17 tahun lalu,” ujar salah seorang penduduk Kampung Baru Sikamat di sini, berhubung kejadian banjir terbaru melanda kawasan itu kelmarin

Mangsa, Goh Ha Poi, 74, berkata, masalah banjir terbaru jam 4 petang kelmarin didakwa berpunca keadaan sungai yang semakin sempit menyebabka­n air sungai mudah melimpah.

Dia memberitah­u terpaksa membelanja­kan RM200 untuk memasang papan penghadang di hadapan rumah bagi mengelak banjir memasuki kediamanny­a yang terletak 10 meter dari sungai Sikamat.

“Setiap kali hujan lebat, hati saya tidak tenang. Walaupun saya pasang penghadang, tetapi air tetap melimpah ke dalam rumah hingga boleh mencecah ke paras pinggang.

“Saya tidak risau barangan rumah yang rosak kerana sudah lali dengan keadaan itu, apa yang saya bimbang adalah nyawa cucu masih kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Seorang lagi mangsa yang juga suri rumah, Ong Bee

Lee, 40, berkata, dia baru saja membuang tilam serta almari yang rosak selepas rumahnya dinaiki air hingga ke paras pinggang awal bulan lalu.

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengalihka­n kereta ke kawasan lebih tinggi selain memindahka­n beberapa barangan rumah apabila hujan bagi mengelak ia rosak.

“Bahagian hadapan rumah saya sudah dipenuhi lumpur, malah kebun sayur juga musnah. Saya sudah tidak mampu lagi berdepan masalah sama dan berharap pihak berkuasa menyelesai­kannya segera,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Aminuddin Harun yang meninjau lokasi kejadian semalam berkata, pihaknya akan menyegerak­an usaha menangani masalah banjir kilat di kawasan itu.

Beliau berkata, sebagai langkah awal, pihak berkaitan iaitu Majlis Perbandara­n Seremban

(MPS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melebarkan semula sungai itu.

Dalam pada itu, Aminuddin turut meninjau lokasi tebing runtuh di Taman Anggerik, Ranta, dan kejadian ribut di Permatang Pasir, Linggi.

 ??  ?? GOH membersihk­an kawasan rumahnya selepas dinaiki air berikutan hujan lebat selama tiga
jam di Kampung Baru Sikamat.
GOH membersihk­an kawasan rumahnya selepas dinaiki air berikutan hujan lebat selama tiga jam di Kampung Baru Sikamat.
 ??  ?? AMINUDDIN meninjau keadaan sungai yang sempit.
AMINUDDIN meninjau keadaan sungai yang sempit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia