Harian Metro

JKM beri bantuan RM100

-

Alor Setar: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan memberi bantuan susulan wang tunai RM100 kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Kulim, petang kelmarin.

Pengarahny­a, Azmi Abd Karim berkata, bantuan awal sudah diberikan kepada mangsa di pusat pemindahan banjir seperti selimut, tikar, kain pelikat dan batik serta kit makanan ketika mendaftar.

Beliau berkata, maklumat terkini mendapati sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Pejabat Penghulu Padang, Meha, Kulim membabitka­n 17 mangsa daripada enam keluarga.

“Enam PPS iaitu di Dewan Desa Kampung Naga Lilit, Surau Kampung Padang Meha, Dewan Masjid Sungai Seluang, Dewan Kampung Lindungan Raja, Surau Taman Seri Kancil serta Sekolah Menengah Agama Jangkang sudah ditutup dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanap­un 60 pegawai JKM di daerah itu bersiap sedia sekiranya banjir berulang bergantung pada keadaan cuaca,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada pesakit kanak-kanak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.

Dalam kejadian banjir di Kulim dan Bandar Baharu, kebanyakan mangsa di lebih 11 kampung dipindahka­n ke tujuh PPS sejak petang semalam sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada program sama, Azmi berkata, pihaknya turut menyerahka­n borang kepada ibu yang melahirkan anak kurang enam bulan dari tarikh kelahiran bagi melayakkan mereka mendapatka­n bantuan RM100 seorang iaitu baucar RM80 dan RM20 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

 ??  ?? AZMI
AZMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia