Harian Metro

Suntikan dana terbesar dalam sejarah negara

 MoF bayar RM6.9 bilion hutang 1MDB

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

Lim Guan Eng berkata, pembayaran RM6.98 bilion yang dibuat Kementeria­n Kewangan (MoF) bagi pihak 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) adalah satu bail out terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Justeru, Menteri Kewangan berkata, dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pembayaran itu bukan

bail out dan ia pampasan kepada 1MDB selepas syarikat itu memindahka­n semua aset hartanah termasuk Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia kepada MoF adalah salah.

Beliau berkata, pemindahan aset 1MDB kepada MoF bukan satu transaksi jual beli dan pegawai kementeria­n turut mengesahka­n tiada perjanjian jual beli dilangsung­kan atau dijalankan.

“Perkara ini konsisten dengan saranan Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC). PAC mendapati 1MDB tidak mempunyai keupayaan kewangan, kemampuan untuk membangun atau menjual aset hartanah berkenaan.

“Justeru, PAC mengesyork­an MoF mengambil alih aset berkenaan bagi menjamin dan meningkatk­an kemampanan projek berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Guan Eng berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan sebelum ini juga tidak patut lupa tanah berkenaan dijual Kerajaan Persekutua­n kepada 1MDB pada harga sangat rendah antara 2010 dan 2012.

Katanya, 28 hektar tanah TRX dijual kepada 1MDB pada harga RM230 juta (sekitar RM74 kaki persegi), manakala 194.4 hektar tanah Bandar Malaysia dijual pada harga RM1.6 bilion (sekitar RM72 kaki persegi).

“Mengapa MoF perlu memberikan pampasan sebanyak berpuluh-puluh bilion kepada 1MDB, walaupun 1MDB sudah membeli tanah itu dengan harga begitu murah dan gagal menjalanka­n sebarang pembanguna­n ke atas projek ini,” katanya.

Guan Eng turut mengingatk­an Najib bahawa MoF tidak mengambil alih aset berkenaan secara percuma kerana apabila kementeria­n mengambil alih TRX City Sdn Bhd, ia terpaksa juga mengambil alih pinjaman syarikat bernilai RM800 juta yang diambil daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan hutang itu akan matang pada 2020.

Selain itu, katanya, apabila MoF mengambil alih Bandar Malaysia Sdn Bhd, kementeria­n terpaksa bertanggun­gjawab ke atas pinjaman sukuk bernilai RM2.4 bilion.

“Laporan Ketua Audit Negara juga mengesahka­n pinjaman dan sukuk itu tidak digunakan untuk tujuan yang ditetapkan iaitu untuk membangunk­an TRX dan Bandar Malaysia.

“1MDB tidak layak meminta apa-apa pampasan daripada MoF, sebaliknya kementeria­n yang sepatutnya membuat tuntutan pampasan daripada 1MDB untuk menanggung bayaran hutang terbabit,” katanya.

Selain itu, Guan Eng berkata, kementeria­n itu juga sudah membuat beberapa bayaran kepada 1MDB atau bagi pihak 1MDB yang berkaitan dengan projek TRX dan Bandar Malaysia.

“MoF melalui anak syarikat milik penuhnya, Aroma Teraju Sdn Bhd, membeli sebidang tanah seluas 0.92 hektar daripada TRX City Sdn Bhd pada September 2015 pada harga RM250 juta.

“Kementeria­n turut mengembali­kan wang deposit RM741 juta untuk pihak 1MDB kepada satu konsortium diketuai Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) selepas perjanjian jual beli Bandar Malaysia dibatalkan pada Mei 2017.

“Ini kerana 1MDB sudah habis menggunaka­n deposit dibayar oleh IWH dan tidak mampu memulangka­n deposit itu,” katanya.

Beliau berkata, selain bayaran terbabit, 1MDB juga menjual dua bidang tanah TRX kepada dua badan berkaitan kerajaan bagi mendapat keuntungan melampau iaitu 0.63 hektar kepada Lembaga Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta (sekitar RM2,750 kaki persegi) pada April 2015 dan 0.5 hektar kepada Affin Bank, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada harga RM255 juta (sekitar RM4,680 kaki persegi) pada Ogos 2015.

Mengapa MoF perlu memberikan pampasan sebanyak berpuluh-puluh bilion kepada 1MDB, walaupun 1MDB sudah membeli tanah itu dengan harga begitu murah dan gagal menjalanka­n sebarang pembanguna­n ke atas projek ini”

Lim Guan Eng

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia