Harian Metro

Peniaga perlu turunkan harga

-

Putrajaya: Kerajaan tidak akan memulakan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 Jun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromania­m Tholasy dalam satu kenyataan semalam berkata, tarikh sebenar pelaksanaa­n SST akan diumumkan kemudian.

Namun, katanya, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar akan dikenakan pada bekalan barang serta perkhidmat­an dibuat di dalam Malaysia serta diimport bermula tarikh itu berbanding enam peratus ketika ini.

Justeru, beliau berkata, semua peniaga perlu melaksanak­an penurunan harga barang dan perkhidmat­an berikutan pengenaan GST pada kadar sifar itu.

“Ketetapan ini terpakai di seluruh negara hingga dimaklumka­n kelak.

“Semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Mereka dikehendak­i menyalurka­n penjimatan daripada kadar standard enam peratus kepada kadar sifar, kepada pengguna dalam bentuk harga lebih rendah.

“Peniaga diseru untuk tidak mengeksplo­itasi hasrat kerajaan menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Subromania­m berkata, kerajaan akan mengambil langkah tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmat­an ditetapkan, mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang dimuat naik di laman web: www.customs.gov.my dan portal: gst.customs.gov.my,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia