Harian Metro

Simpati terhadap Fernandes

-

Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa simpati terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berhubung tekanan yang diberikan kerajaan terdahulu.

Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly, Perdana Menteri menyedari beberapa syarikat atau individu yang dilihat bersahabat dengannya sebelum ini berisiko menjadi sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya tahu kerajaan sebelum ini memberi tekanan. Sebagai contoh, jika syarikat atau individu kelihatan baik kepada kami (pemimpin Pakatan Harapan), jabatan cukai pendapatan akan meminta mereka membayar cukai tambahan dan mengatakan sebagai undang-undang.

“Jadi, apabila anda berdepan dengan ancaman ini, lebih baik bersahabat dengan kerajaan. Jadi mereka (AirAsia) menukar warna merah (warna) mereka kepada biru (Barisan Nasional) untuk menggembir­akan kerajaan.

“Saya bersimpati dengan ramai orang yang ditekan kerajaan terdahulu dalam pelbagai cara. Ada yang perlu bayar RM90 juta,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n tanggungja­wab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua lebih menggerunk­an berbanding kali pertama pada 1981 berikutan suasana berbeza yang membabitka­n kerajaan gabungan baru.

Pada waktu itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada dalam keadaan kukuh kerana tidak berlaku perubahan kepemimpin­an berbeza ketika ini.

“Sekarang, saya perlu mengisi Kabinet dan menstruktu­r semula kerajaan untuk memenuhi manifesto kami (Pakatan Harapan), ia juga perlu selari dengan apa yang dimahukan rakyat.

“Ia memang lebih sukar kali ini (berbanding 1981). Ini memang menakutkan. Saya perlu mendengar taklimat dan mengisi kekosongan jawatan oleh mereka yang tidak saya kenali.

“Semuanya mengambil masa yang panjang (untuk membentuk kerajaan). Saya tidak pasti mengenai ketentuan namun nampaknya saya terpaksa kembali berkhidmat. Ini mungkin takdir namun saya ada tugas perlu dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia