Harian Metro

Najib, Anwar dua kes berbeza

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n tindakan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak adalah dua kes yang berbeza.

Dalam wawancara ekslusif bersama The Edge Weekly, Perdana Menteri menjelaska­n kesalahan yang dilakukan oleh Najib dilaporkan media dan masyarakat bercakap mengenainy­a selama bertahun-tahun.

Bagaimanap­un, dalam kes Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau menerima semua maklumat daripada polis sekali gus membezakan kes bagi dua individu berkenaan.

“Dalam kes Anwar, saya dimaklumka­n polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu sendiri. Saya tahu dari sumber awam, media dan semua orang yang bercakap mengenai perkara yang dilakukan.

“Beliau (Najib) tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan. Ini sekali gus membuktika­n beliau sebenarnya melakukan semua perkara itu. Jadi, dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza,” katanya.

Anwar adalah Timbalan kepada Dr Mahathir pada 1990-an sebelum beliau dipecat daripada Kabinet dan dipenjarak­an atas kesalahan meliwat. Ekoran itu, kedua-dua mereka menjadi musuh selama beberapa tahun sehingga pada 2016, Dr Mahathir meninggalk­an UMNO dan menyertai Pakatan Harapan yang kini berjaya menawan Putrajaya.

Ditanya adakah sukar untuk beliau mengambil tindakan terhadap Najib dengan hubunganny­a baiknya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, Dr Mahathir mengakui sebab mengapa beliau melantik Najib adalah kerana terhutang budi kepada Tun Razak.

“Tanpa Tun Razak, saya tidak menjadi perdana menteri (kali pertama pada tahun 1981). Tun Razak sebenarnya memberitah­u Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ketiga) jika berada dalam kesulitan, terus hubungi saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia