Harian Metro

Siasat segera

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 Gobind minta laporan serangan BOTS pada PRU14

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, beliau sudah meminta laporan berhubung beberapa insiden membabitka­n kementeria­nnya.

Ini termasuk isu serangan siber (BOTS) terhadap telefon bimbit pemimpin politik pada hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Gobind berkata, beliau juga meminta laporan berhubung arahan sekatan beberapa portal dalam talian pada malam pilihan raya serta isu lain seperti isu kebocoran maklumat dan data.

“Selain itu, semakan semula terhadap beberapa peruntukan tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dilakukan dan cadangan pindaan akan turut dipertimba­ngkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada hari pilihan raya baru-baru ini, beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerima panggilan spam dari luar negara tanpa henti sejak awal pagi.

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahka­n gangguan panggilan spam itu berpunca daripada serangan BOTS yang dilakukan pihak tidak dikenali daripada pelbagai sumber yang menyasarka­n beberapa parti politik tanah air.

Gobind berkata, beliau juga sedia menerima cadangan daripada semua pihak berhubung insiden berkaitan kementeria­nnya itu.

“Saya akan menghubung­i Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen serta Majlis Peguam untuk perbincang­an dalam proses ini,” katanya.

 ??  ?? GOBIND
GOBIND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia