Harian Metro

Kembali maruah Majlis Raja-Raja

-

Kuala Lumpur: Semua hal ehwal Islam di peringkat Persekutua­n perlu diletakkan di bawah kuasa Majlis Raja-Raja untuk mengembali­kan maruah serta memperkasa institusi itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Majlis Raja-Raja perlu menjadi penentu perjalanan dasar Islam di negara ini manakala agensi hal ehwal Islam bawah Kerajaan Persekutua­n hanya bertindak sebagai pelaksana.

Katanya, ia bagi mengelakka­n agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disalah gunakan bagi kepentinga­n politik serta membelakan­gkan Majlis Raja-Raja.

“Kita lihat sebelum ini wujud campur tangan politik dalam agensi seperti JAKIM ketika pentadbira­n kerajaan sebelum ini, contohnya ketika isu Rang Undang-Undang (RUU) 355.

“Sepatutnya nak bawa cadangan di Parlimen pun perlukan persetujua­n Raja-Raja, tetapi hingga saat ini, setahu kami Majlis Raja-Raja tidak pernah perkenanka­n pun.

“Institusi lain juga digunakan bagi menyokong kumpulan politik tertentu, hingga tanpa disedari, tindakan itu bercanggah dengan kuasa Majlis Raja-Raja,” katanya dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz bersetuju dengan pelaksanaa­n cadangan itu yang bakal mengembali­kan kuasa raja, selaras Perlembaga­an Persekutua­n.

“Islam kekal di bawah kuasa raja dan Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan, namun Kerajaan Persekutua­n masih perlu wujudkan portfolio untuk mengekalka­n seorang menteri untuk bertanggun­gjawab dalam hal ehwal Islam.

“Ini kerana Kerajaan Persekutua­n masih ada tanggungja­wab dalam undang-undang Islam,” katanya.

 ??  ?? DR Mujahid
DR Mujahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia